Kental sungguh jiwa ‘pak menteri’ kita yang sorang ni. Meskipun ‘kereta terbang’ atau lebih tepat lagi super dron E-Hang 216 (EH216) tidak mendapat kelulusan untuk melakukan penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Khamis lalu, Astro Awani melaporkan mobiliti udara tersebut dijangka melakukan penerbangan pertamanya di negara Maldives tidak lama lagi
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata pihaknya telah menerima undangan khas daripada usahawan swasta yang terlibat (EastCap Bhd) untuk bersama-sama menyaksikan detik bersejarah itu.
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
Katanya, pihak kerajaan bukan membelanjakan satu sen pun, mereka hanya memudahcara untuk orang muda yang hendak melibatkan diri dalam industri mobiliti aeroangkasa. Tambahnya, pihaknya tidak melarang syarikat tersebut untuk menjayakan projek tersebut kerana ia bukanlah dasar kerajaan.
Sekiranya mereka ke tempat lain kerana tidak dibenarkan terbang di Subang tempoh hari, mereka akan melakukannya di Maldives. Tambahnya lagi, beliau akan dijemput terbang di Maldives untuk meninjau dari pulau ke pulau. Beliau berkata demikian selepas Program Himpunan Usahawan Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
KOMEN TERKINI