ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rapid KL uji Laluan T304 dengan bas midi bermula 15 September ini

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, Rapid KL berkata projek eksperimen menggunakan bas midi di laluan-laluan strategik bakal diperluaskan dengan Laluan T304 antara hab bas Bukit Indah dan Ampang Point. Ini merupakan laluan percubaan kedua selepas Laluan T300 yang telah bermula sejak 1 September lalu.

Projek eksperimen ini akan berlangsung selama tiga bulan bermula 15 September ini dan menggunakan bas yang berukuran 8.9 meter panjang berbanding dengan bas yang digunakan sekarang untuk laluan berkenaan adalah sepanjang 12 meter.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Encik Muhammad Yazurin Sallij berkata, projek eksperimen Laluan T304 itu akan menggunakan lima unit bas termasuk satu bas mesra OKU, yang akan memaparkan pelekat besar berwarna biru sebagai pengenalan bagi golongan OKU yang ingin menggunakannya.

Katanya, mereka berharap untuk mengumpul sebanyak data dan maklumbalas sebanyak mungkin bagi membantu Rapid KL dalam membuat keputusan berhubung kemungkinan menggunakan bas midi untuk laluan-laluan tertentu khususnya untuk Laluan T304.

Dengan lima bas dalam perkhidmatan, Laluan T304 akan mempunyai kekerapan 14 minit pada waktu puncak dan 26 minit pada waktu bukan puncak; berbanding dengan 20 minit semasa waktu puncak sekarang dan 30 minit semasa waktu bukan puncak.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

Tambah beliau lagi, penggunaan bas midi untuk laluan ini akan memberikan jangka masa menunggu yang lebih pendek untuk para penumpang. Pihak Rapid KL akan membuat keputusan yang sebaik mungkin berdasarkan kepada data-data dan maklum balas yang diterima termasuk tentang keselesaan bas yang digunakan.

Perlu ditegaskan ini bukanlah model bas sebenar yang bakal digunakan. Seperti yang beliau tegaskan pada pelancaran Laluan T300, projek eksperimen bas midi ini adalah untuk memantapkan kesinambungan perjalanan atau ‘connectivity’ untuk ‘first mile, last mile’.

Dengan pemantapan ‘connectivity’ ini, Rapid KL berharap lebih ramai lagi orang ramai akan menggunakan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan bas. Selain dua laluan ini, Rapid KL akan memanjangkan eksperimen ini untuk laluan-laluan strategik tempatan lain khususnya laluan-laluan yang melalui jalan-jalan sempit di kawasan-kawasan penempatan tinggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply