ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cabaran Proton 1 Tank Adventure kembali

Berita Tempatan

Views

Cabaran pemanduan ekonomi Proton 1 Tank Adventure kembali untuk siri kedua bermula 14 September 2019. Para peserta yang terdiri daripada pemilik kereta Proton Iriz, Persona dan Saga 2019, pengamal media dan selebriti berpeluang untuk menerokai pemandangan indah, budaya dan kepelbagaian makanan di Malaysia.

Mereka perlu memandu secara paling ekonomi untuk merebut pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM100,000. Proton 1 Tank Adventure terdiri daripada tiga pusingan awal dan satu pusingan akhir. Untuk musim pertama, cabaran ini tertumpu pada kebanyakan jalan raya di Semenanjung Malaysia tetapi pada tahun ini, cabaran ini akan meliputi dua pusingan di Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

Pusingan akhir pula akan memperlihatkan satu perjalanan epik, iaitu dari Kota Bharu ke Johor Bahru menggunakan satu tangki minyak sahaja. Antara objektif utama penganjuran cabaran adalah untuk membuktikan kecekapan penggunaan bahan api pada kereta-kereta terbaharu Proton.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong berkata, mereka ingin membuktikan bahawa rangkaian semasa kereta Proton mampu memberikan angka penjimatan bahan api yang boleh membantu mengurangkan penggunaan kos.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

Cabaran ini turut menonjolkan penambahbaikan dilakukan Proton pada model-model yang dilancarkan pada tahun ini iaitu Iriz, Persona dan Saga. Bermula dari sistem arahan suara Hi Proton, peningkatan kualiti, penambahan sambungan Internet serta pelbagai ciri keselamatan yang komprehensif untuk sebuah kereta berharga kurang RM40,000.

Tambah Dr Li Chunrong lagi, ini adalah peluang peluang yang baik untuk mereka menjelajah ke seluruh negara bagi mempamerkan hasil kerja keras kepada kepada semua. Dengan rekaan yang baharu, kualiti dan pengendalian yang lebih baik, selesa, kelengkapan bertaraf tinggi dan nilai yang lebih menjimatkan, Proton kini memiliki model-model yang sesuai dengan bajet dan keperluan setiap pembeli.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply