ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penggunaan aksesori lampu kabus dan mentol ‘ice blue’ boleh dikenakan tindakan

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan penggunaan lampu kabus serta mentolice blue’ untuk lampu brek belakang yang semakin berleluasa oleh pemilik kenderaan boleh mengundang nahas jalan raya kerana tahap silau yang tinggi berbanding lampu biasa.

Meskipun dilarang dan pemasangan lampu berkenaan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa, masih ramai pemilik kenderaan berdegil memasangnya tanpa memikirkan risiko terhadap pengguna jalan raya lain yang boleh mengganggu fokus pemanduan mereka.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, penggunaan lampu berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 (LN170/1959).

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Jelasnya, kesalahan itu ditafsirkan sebagai keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau memungkinkan bahaya kepada orang dalam kenderaan atau di jalan raya.

Sebanyak 9,385 saman dikeluarkan bagi kesalahan sepanjang bulan Januari sehingga Jun tahun ini kerana menggunakan lampu berkenaan. Daripada jumlah itu, 6,566 saman belum dijelaskan manakala selebihnya telah dibayar. Sepanjang tahun lepas, 16,092 saman dikeluarkan dan 9,323 saman masih belum dijelaskan.

Tambah beliau, pemasangan aksesori tanpa kebenaran ini adalah menyalahi undang-undang jalan raya kerana memungkinkan bahaya kepada orang di dalam kenderaan atau di jalan raya. Selain itu, beliau berkata kesalahan itu juga boleh didakwa di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan.

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!

Azisman berkata tindakan keras akan diambil jika didapati pemandu kenderaan masih ingkar dan memasang aksesori berkenaan yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain. Dari segi penguatkuasaan, pihaknya bersedia dan akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain dari segi penjualan, pemasangan dan kebenaran oleh pihak yang berwajib.

Kata beliau lagi, adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik kenderaan supaya tidak mengubah suai kenderaan mereka dengan memasang lampu berkenaan yang melanggar Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) yang diberikan kepada kenderaan tersebut.

Beliau menegaskan kenderaan berkenaan juga boleh disita di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengelak kesalahan tersebut berulang. Tinjauan Bernama di platform e-dagang mendapati, lampu berkenaan dengan pelbagai jenama boleh dibeli dengan harga serendah RM30 dan mencecah ribuan ringgit bagi pelbagai jenis model kenderaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?
JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply