Ini maklumat yang baharu sahaja kami terima dari ejen Ali, eh bukan Mat Bond. Ingat lagi tak dalam artikel lalu, rakan media kami Pandulaju.com.my melaporkan, model pemasangan tempatan (CKD) Proton X70 akan dilancarkan pada 13 Disember nanti?
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
Rupa-rupanya, pada tarikh tersebut sebenarnya bakal dilangsungkan satu acara pelancaran Permulaan Pengeluaran – Start of Production (SOP) pemasangan CKD yang akan dirasmikan oleh seorang menteri. Mungkin acara itu telah disalah tafsirkan sebagai pelancaran, sedangkan dalam artikel semalam kami memaklumkan yang model ini tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat.
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
Tarikh pelancaran untuk jualan dijangkakan pada pulan Januari atau Februari 2020 memandangkan baki stok model CBU sedia ada masih banyak perlu dihabiskan terlebih dahulu. Berkemungkinan pada 13 Disember nanti akan ada pratonton awal model X70 CKD bersempena dengan acara yang kami sebutkan tadi.
Apa pun, teruskan bersama kami untuk info automotif yang sensasi dan terkini!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
KOMEN TERKINI