ARKIB

KATEGORI

Tular

Sanggup jual Nissan Laurel C35 demi rakyat Palestin, hanya ada 4 unit sahaja di Malaysia!

Tular

Views

Demi membantu rakyat Palestin, Abdul Halim Keply, 41, sanggup menjual kereta edisi terhad dimiliki iaitu Nissan Laurel C35 pada harga RM65,000.

Untuk rekod, di Malaysia, hanya ada empat buah sahaja kereta ini termasuk milik Abdul Halim.

Abdul Halim berkata, keputusan dibuat atas niat untuk membantu dan meringankan beban penduduk Palestin yang terus menjadi mangsa serangan tentera Israel.

“Sudah sebulan Semenanjung Gaza diserang. Kita di sini apa yang boleh dibuat selain doa adalah beri sedekah dan sumbangan untuk Palestin”.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Berdoa semua orang buat, jadi saya fikir apa lagi boleh diberi adalah menjual harta yang dimiliki ke jalan Allah SWT.

“Saya ambil keputusan untuk menjual satu daripada koleksi kereta yang ada. Saya berbincang dengan isteri dan dia pun bersetuju dan menyokong sepenuhnya.

“Hasil jualan akan disalurkan sepenuhnya kepada tabung Palestin. Itu niat saya,” katanya. Menurutnya, sejak memuat naik hantaran itu di Facebook kelmarin, ramai yang memberikan maklum balas positif.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Katanya, sudah ada tiga calon pembeli yang berminat untuk datang melihat kereta itu di rumahnya di Taman Semarak, Kajang, Selangor.

“Saya baru muat naik di Facebook semalam (kelmarin) dan sudah tiga orang yang menghubungi saya untuk datang tengok kereta.

Saya buka harga RM65,000 tetapi masih boleh dirunding. Saya juga baru saja melakukan beberapa penambahbaikan terhadap kereta ini. Memang tiada sebarang kerosakan.

“Kereta ini saya beli daripada rakan asal dari Jepun. Disebabkan dia mahu kembali ke Jepun, dia jual kepada saya. Sudah tiga tahun saya guna kereta ini,” katanya. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Abdul Halim Keply

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply