ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saya bangga dengan nama “Ahmad Ferrari”

Berita Tempatan

Views

“Saya tak berasa malu pun dengan nama saya, malah ia sesuatu yang patut dibanggakan,” kata Ahmad Ferrari Ahmad Fauzi.

Ahmad Ferrari, 35, cukup istimewa kerana memiliki nama yang sama dengan model kenderaan mewah terkenal buatan Itali.

Berkongsi kisahnya kepada Harian Metro, Ahmad Ferrari berkata, namanya itu adalah pemberian bapanya, Ahmad Fauzi Khalil, 66.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

“Ayah kata Ferrari adalah nama terbaik Itali, kereta nombor satu dari Itali. Terbaik daripada yang terbaik”. Jadi, ayah berharap saya pun dapat jadi yang terbaik macam Ferrari.

Begitulah kisahnya dan saya sendiri selesa dengan nama saya kerana beri inspirasi kepada diri sendiri dan semua tahu apa itu Ferrari.

Bercerita lanjut, Ahmad Ferrari berkata, namanya mendapat perhatian sejak di bangku sekolah lagi. Bagaimanapun, katanya, tiada dalam kalangan rakan mahupun orang terdekat yang menjadikan namanya sebagai bahan jenaka.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

“Waktu mula masuk sekolah saya berasa istimewa sangat nama saya tetapi cikgu macam biasa saja mungkin kerana kurang pendedahan ketika itu. Ketika saya di Tahun Enam dan masuk Tingkatan Satu, baru nama saya jadi perhatian.

“Sampai sekarang, bila sebut nama saja, orang terkejut dan tanya semula adakah itu nama sebenar saya. Itu sudah biasa dan dalam kalangan rakan terdekat akan panggil saya Ferrari cuma di pejabat mereka panggil Ahmad“.

Menurut Ahmad Ferrari yang bekerja sebagai jurujual kereta mewah, namanya juga dapat perhatian ketika berada di luar negara.

“Saya pernah ke Itali atas urusan kerja dan kebanyakan orang sana cakap saya bawa nama yang ada reputasi baik. “Syukur sangat dan dalam keluarga, saya saja yang ada nama lain daripada yang lain,” katanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ahmad Ferrari

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply