ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Yaris Cross buat penampilan sulung global di Indonesia Isnin depan, model ini ke bakal jadi Perodua D66B?

Berita Global

Views

PT Toyota Astra Motor (TAM) dikhabarkan bakal memperkenalkan model terbaharunya minggu depan. Desas-desus semakin kuat mengatakan yang model baharu tersebut adalah Toyota Yaris Cross.

Menurut portal permotoran GridOto.com, model baharu akan membuat penampilan sulung global di Indonesia pada hari Isnin bersamaan dengan 15 Mei 2023.

Berdasarkan kepada surat undangan rasmi yang diterima mereka, PT Toyota Astra Motor mengundang wakil dari pihak media untuk menghadiri upacara “World Premiere” model baharu Toyota yang menggunakan taglineIcon of Urban Cruiser“.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Calon model berkenaan masih lagi dirahsiakan, namun berdasarkan maklumat daripada sumber yang dipercayai, model tersebut adalah Yaris Cross.

Jelas sumber tersebut, model ini merupakan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) dalam segmen-B, dengan konfigurasi dua baris tempat duduk.

Reka bentuk luaran model tersebut mirip Yaris tetapi kelihatan lebih tinggi, dua baris tempat duduk dengan namakod B-SUV.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Model itu juga akan berada dalam segmen baharu dengan tanda harga kira-kira Rp 300 juta (RM91,047). Tambah sumber itu lagi, setakat ini tiada maklumat bilakah tempahannya akan dibuka dan ia merupakan produk baharu, bukan menggantikan model sedia ada.

Dikhabarkan pengeluaran besar-besarannya akan dibuat pada bulan Jun atau Julai 2023.

Namun jika dirujuk kepada imej paten yang telah didaftarkan di Pangkalan Data Intelek dan Kekayaan Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, ia bukanlah sesuatu perkara yang mustahil.

Adakah model ini mempunyai pertalian dengan bakal SUV baharu Perodua, iaitu D66B. Sama-sama kita tunggu hari Isnin minggu depan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply