Akhirnya tepatlah tekaan penulis dalam artikel terdahulu yang mengatakan SUV kompak terbaharu Daihatsu akan dikenali dengan nama Rocky setelah ia berjaya didedahkan menerusi beberapa foto intipan terbaharu di blog life30on dan laman Instagram.
Nampaknya Daihatsu Rocky juga mempunyai kembar, iaitu Toyota Raize yang turut berjaya didedahkan menerusi beberapa siri ketirisan risalahnya di laman sosial. Bukan hanya Daihatsu Rocky dan Toyota Raize, model ini juga bakal dijelmakan dalam versi Perodua (namakod D55L) yang dijangka bakal memasuki pasaran pada penghujung 2020 atau selewat-lewatnya awal 2021.
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
Info ringkas mengenai Daihatsu Rocky/Toyota Raize/Perodua D55L:
- Dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA).
- Dijana oleh enjin tiga-silinder sebaris 12 injap DOHC intercooler turbo bersesaran 996cc yang mampu menghasilkan 98PS pada 6000rpm dengan daya kilas maksimum 140Nm pada 2400-4000rpm.
- Enjin ini digandingkan bersama transmisi CVT dengan sistem pacuan roda hadapan (2WD). Menurut info awal yang kami perolehi, versi Perodua D55L mungkin tidak akan menggunakan dengan transmisi CVT .
- Dimensi – 3995mm panjang, 1695mm lebar, 1620mm tinggi dan 2525mm jarak antara gandarnya.
- Berat model ini adalah 980kg.
- Saiz tayar 195 / 60R17.
Daihatsu Rocky/Toyota Raize/Perodua D55L adalah versi produksi model konsep DN Trec yang dipertontonkan buat pertama kalinya di Tokyo Motor Show 2017. Model SUV kompak terus mengingatkan kembali kepada model Daihatsu Terios/Vigo, Toyota Rush dan Perodua Nautica kerana rekaan luarannya masih mengekalkan beberapa elemen rekaan terdahulu terutama sekali pada bahagian cermin kecil belakang pada tiang-D.
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
KLIK UNTUK BESARKAN
Perodua Nautica
Jadi, bolehlah kita anggap yang model SUV kompak ini adalah versi baharu Daihatsu Terios/Vigo, Toyota Rush dan Perodua Nautica dengan gaya yang lebih moden dan terkini. Secara tidak langsung kita sudah boleh membayangkan bagaimana versi Perodua D55L ini nanti.
Perodua mungkin mempunyai dua pilihan, sama ada mereka diberi kebenaran untuk mereka bentuk semula rekaan luaran dengan mengekalkan kesemua struktur asas model asal seperti yang mereka pernah lakukan pada Myvi generasi ketiga atau mengambil ‘jalan singkat’ dan menjimatkan kos dengan hanya membuat perubahan kosmetik kecil seperti mengubah lampu dan bampar sahaja.
Sejujurnya dari pandangan mata penulis sebagai seorang pereka, rekaan luaran Daihatsu Rocky dan Toyota Raize hanyalah biasa-biasa sahaja. Penulis tahu pereka Perodua boleh melakukan rekaan lebih baik lagi kerana selera pembeli di sini lebih meminati rekaan yang sporty dan aggresif. Jadi, Perodua masih mempunyai masa untuk melakukan yang terbaik pada model ini nanti.
KLIK UNTUK BESARKAN
Daihatsu Rocky
Toyota Raize
Foto kredit life30on
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
KOMEN TERKINI