Gergasi automotif dari Jerman, Volkswagen bakal memperkenalkan logo baharu mereka sempena Frankfurt Motor Show 2019 yang bakal berlangsung pada awal bulan depan. Mereka kini sedang menuju ke arah elektrifikasi dan bakal mengambil langkah yang penting untuk masa hadapan dengan melancarkan sub jenama ID.
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
Logo baharu ini bakal tampil dengan rekaan dua dimensi dan ia dikatakan lebih “mantap dan ceria”. Ia akan dilancarkan sekali bersama dengan motto terbaharu Volkswagen. Menurut Ahli Lembaga Pengurusan Jualan, Pemasaran dan Selepas Jualan Jurgen Stackmann, berkata penjenamaan semula komprehensif adalah proses reorientasi strategik jenama tersebut. Tambahnya lagi, identiti baharu Volkswagen akan tampil lebih kuat, segar, positif dan menarik.
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
Penjenamaan semula ini adalah sebahagian daripada strategi ‘Transform 2025+’ yang diperkenalkan empat tahun lalu selepas skandal Dieselgate meletus. Logo baharu ini akan digunakan di lokasi jenama dan pengedar di Eropah terlebih dahulu, diikuti oleh China pada bulan Oktober. Bermula awal tahun depan, ia akan diperluaskan ke Amerika Utara dan Selatan dan pasaran globalnya yang lain.
Secara keseluruhan, pengeluar tersebut akan memperkenalkan logo baharunya di 171 buah negara, di lebih 10,000 fasiliti, di mana mereka akan menggantikan kira-kira 70,000 logo lama. Dikhabarkan jenama tersebut akan mempunyai bunyi logo terbaharu yang bakal menggunakan suara wanita. Dalam masa yang sama, Volkswagen akan memperkenalkan model hatchback elektrik ID.3 di Frankfurt.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya
KOMEN TERKINI