ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas Power Store pertama kini dibuka

Berita Tempatan

Views

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) telah melancarkan kedai khusus untuk motosikal jalanan (street bike) yang dikenali dengan Modenas Power Store. Ia terletak di Sunsuria Avenue, Kota Damansara dan ia merupakan yang pertama seumpanya di rantau ASEAN.

Pusat sehenti ini menawarkan pengguna motosikal di Malaysian sebuah pusat jualan dan servis untuk segmen motosikal jalanan, Modenas Pulsar dan Dominar di bawah satu bumbung.  Kedua-dua model ini merupakan motosikal keluaran Bajaj yang paling popular dan telah dijual di lebih dari 30 buah negara.

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

Selain pusat jualan, Modenas Power Store turut menawarkan perkhidmatan baik pulih, penyelenggaraan dan pengubahsuaian model motosikal jalanan Modenas menggunakan alat ganti tulen dan aksesori khas yang didatangkan dari seluruh ASEAN.

Selain dari tunggang uji, pelanggan juga akan mendapat bantuan bagi pembiayaan pembelian mereka. Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, pengenalan konsep Modenas Power Store akan membolehkan syarikat itu menaikkan lagi imej dan profilnya di negara ini.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

Tambahnya lagi, Modenas Power Store bukan sahaja meningkatkan pengalaman pembelian motosikal tetapi juga menawarkan pengalaman pemilikan motosikal secara menyeluruh bermula dari urusan pembiayaan, naik taraf motosikal, alat ganti tulen, tunggang uji dan juga khidmat baik pulih dan penyelenggaraan dari mekanik yang terlatih. Ia  membolehkan mereka membina dan mengekalkan hubungan jangka masa panjang dengan pelanggan dalam negara.

Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa Bajaj Auto Limited Sameer Deshpande pula berkata, pasaran motosikal di negara ini sangat unik dan sedang berkembang. Menerusi kerjasama dengan Modenas, pelanggan di sini berpeluang menikmati motosikal bermutu tinggi pada harga mampu milik, sama yang mereka lakukan di lebih dari 70 buah negara seluruh dunia.

Modenas Power Store terletak di 3-G, Street Wing, Persiaran Mahogani, Sunsuria Avenue, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply