ARKIB

KATEGORI

Tular

Selepas gelar kereta lain ‘najis’ hingga ditegur Tunku Panglima Johor, Opai mohon maaf

Tular

Views

Selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi yang mengguris hati pemilik kenderaan biasa sehingga d’hentam’ teruk warganet, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Opai, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menerusi rakaman video yang tular itu, Opai atau nama sebenarnya Alif Awang berkata hanya kereta jenis ‘supercar‘ sahaja yang dibenarkan hadir ke acara 100 buah supercar di Pavillion Kuala Lumpur.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Apa yang menyebabkan warganet ‘naik angin’ adalah apabila lelaki tersebut menggelarkan kereta lain sebagai ‘najis’.

Sedar dirinya menerima kritikan, Opai menerusi hantaran di Instagram Story memohon maaf dan menjelaskan video rakaman adalah spontan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Katanya, dia tidak berniat untuk menghina sesiapa. Kenyataan di dalam video adalah gurauan ditujukan kepada rakan-rakannya yang membawa Mustang, AMG dan FK8R ke acara pada hari itu.

Jelasnya lagi, keadaan pada hari itu masing-masing tengah seronok dan dia sedar rakaman hanyalah sekadar ‘content‘ sahaja.

Terdahulu, Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman turut menegur tindakan jutawan muda ini yang seolah-olah ‘bongkak’ dan merendah-rendahkan orang lain. – Oh! Media

@abeyjaawithfad_ Steadyy Opaii Alpiaw Buat Permohonan Maaf🙏🏻 Mengenai Content Yang Viral Di Pavilion #fyp #honda #opaialpiaw ♬ original sound – Pemain Bola

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply