ARKIB

KATEGORI

Tular

Pandu melulu hingga bergesel dengan Mitsubishi Atrrage, polis kesan pemandu Proton Iswara Aeroback

Tular

Views

Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang memandu secara berbahaya sehingga bergesel dengan sebuah kereta Mitsubishi Atrrage di Jalan Sengkang-Inas sebagaimana tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian kemalangan yang dipercayai berlaku pada jam 5 petang Khamis itu.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Katanya, siasatan dilakukan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Iswara Aeroback dari arah bertentangan telah masuk ke laluan Atrrage yang sedang bergerak lurus menghala ke Bandar Tenggara.

Akibat kejadian itu Atrrage telah bergesel, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Beng Yeow berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Sebelum itu, tular video berdurasi 30 saat memaparkan sebuah Iswara Aeroback yang dipandu berada di belakang sebuah lori dalam cubaan memotong namun gagal.

Kereta tersebut kemudiannya bergesel dengan sebuah Atrrage di laluan bertentangan dan terus berlalu pergi. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply