ARKIB

KATEGORI

Buletin

Seronok sangat ‘merdeka’ tamat SPM, 17 remaja disaman

Berita Tempatan

Views

Semalam tular video sekumpulan remaja bermotosikal yang dikatakan sedang meraikan ‘kemerdekaan’ selepas tamat kertas terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekitar Klebang dan bandaraya Melaka. Namun kegembiraan mereka membawa padah kerana polis mengeluarkan sebanyak 17 saman terhadap kumpulan remaja tersebut.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Sinar Harian melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Melaka, Hassan Basri Yahya berkata, kesalahan tersebut melibatkan 17 remaja yang berpakaian sekolah bertindak melakukan aksi lagak ngeri semasa menunggang motosikal sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Menurutnya, mereka yang ditahan memberi alasan melakukan aksi terbabit sebagai satu cara untuk mengekspresikan diri sebagai ‘merdeka’ dan aksi itu disifatkan sebagai sambutan habis SPM dan tamat sekolah. Pihaknya mendapat aduan orang awam berkenaan isu terbabit sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain dan tindakan telah diambil.

Jelas beliau, antara kesalahan yang dilakukan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai kenderaan. Selain menunggang motosikal secara melulu, ada di antara mereka ini yang dilihat mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising daripada motosikal yang dinaiki dan bergerak di atas jalan raya secara berkumpulan sehingga mengakibatkan pengguna jalan raya lain terpaksa memberi laluan kepada mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply