ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak tahan jalan sesak, lelaki Indonesia ini bikin helikopter sendiri

Berita Global

Views

Ketika di Malaysia seorang menteri begitu obses dengan ‘kereta terbang‘ buatan China, seorang lelaki di Indonesia pula nekad untuk membina helikopternya sendiri kerana tidak tahan dek kesesakan lalu lintas yang teruk di negaranya. Menurut Sinar Harian, lelaki tersebut dikenali sebagai Jujun Junaedi, 42, yang berasal dari Sukabumi, Jawa Barat.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Beliau telah menghabiskan masa lapangnya di kawasan belakang rumah untuk merealisasikan ideanya berpandukan video pembelajaran. Katanya, kesesakan jalan raya di selatan ibu negara Jakarta boleh mencapai sehingga 110 kilometer hingga menyebabkan kenderaan kehabisan petrol dan juga membuang masa.

Beliau telah memulakan projek helikopternya sejak 18 bulan lalu, dan telah membelanjakan kira-kira AS$2,100 (RM8,763) untuk membeli komponen dan barangan terpakai dari kedai membaiki kereta. Beliau turut dibantu oleh anak lelakinya dan beberapa orang jiran untuk membina helikopter tersebut.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Katanya, asalkan ia boleh terbang beliau sudah cukup puas hati. Junaedi bukanlah orang pertama yang cuba membina sebuah pesawat sendiri kerana dua tahun lalu seorang lelaki dari Afrika Selatan menggunakan kepingan besi dan sekerap untuk menghasilkan sebuah replika helikopter polis.

Usaha seorang petani dari China juga menjadi tajuk utama pada 2016 selepas dia menghabiskan masa selama tiga tahun untuk membina helikopter sendiri namun gagal. Kegigihan beliau membina helikopter itu telah menarik perhatian Google dan Youtube Indonesia yang berhasrat untuk menjadikan beliau sebagai tokoh inspirasi.

Tak sabar kami nak melihat helikopter ini terbang nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply