ARKIB

KATEGORI

Buletin

RON95 naik 1 sen setiap minggu bermula Januari depan

Berita Tempatan

Views

Ini berita terbaharu yang kami terima dan dijangka menjadi ‘topik panas’. Harian Metro melaporkan, harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan bermula Januari depan bertujuan untuk tidak membebankan pengguna.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, kementerian telah memutuskan untuk menaikkan harga bahan api sebanyak satu sen setiap minggu sehingga harga petrol RON95 mencapai harga pasaran.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Jelasnya, keputusan mengapungkan harga minyak secara berperingkat ini adalah bagi meringankan kos hidup rakyat selain mengelakkan harga barangan naik secara mendadak. Beliau berkata demikian dalam sesi jawab lisan di sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Rubiah Wang (PH-GPS) yang mahu tahu mekanisme kementerian mengelak harga barang meningkat selepas pelaksanaan PSP. Katanya, PSP tidak akan dilaksanakan di Sarawak, Sabah dan Labuan, sebaliknya mereka terus menikmati harga subsidi RON95 pada harga RM2.08 seliter.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Chieng Jen berkata, kementerian juga ada Akta Kawalan Harga supaya peniaga tidak mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan berlebihan selepas pelaksanaan PSP. Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan PSP hanya berkuat kuasa di Semenanjung sahaja dan ia bakal meringankan beban kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki berkenderaan.

Rakyat di Sabah, Sarawak dan Labuan akan menikmati subsidi petrol secara pukal iaitu pada harga runcit semasa RM2.08 seliter selepas kerajaan mengambil kira keperluan kebanyakannya menggunakan kenderaan berkapasiti enjin besar dan diesel. Oleh itu, mereka dikecualikan daripada pelaksanaan PSP dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply