ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tata Group akan bayar dua bulan gaji penuh untuk pekerja gaji harian

Berita Global

Views

Angkara penularan COVID-19, Tata Group telah mengambil langkah drastik untuk menutup kilang pengeluarannya di Pune, Maharashtra. Ini akan menyebabkan pendapatan pekerja gaji harian dan pekerja sementara terjejas. Namun mereka tidak perlu bimbang kerana pihak syarikat telah bersetuju untuk membayar dua bulan gaji penuh kepada semua pekerja terbabit bagi bulan Mac dan April.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Menurut portal Streakshot.com, keputusan itu dibuat untuk membantu para pekerja tersebut untuk membeli barang keperluan semasa mereka tidak bekerja. Pengerusi Tata Sons Pvt Ltd, N Chandrasekaran menerusi satu kenyataan berkata, kejatuhan ekonomi akibat COVID-19 akan menjadi lebih buruk bagi sektor yang lemah. Oleh itu, keputusan telah diambil bagi mengurangkan kerugian akibat penutupan kilang.

Selain itu, satu lagi keputusan penting yang dibuat oleh Tata Group ialah pembayaran kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME). Dalam kenyataan tersebut, pengerusi berkata semua syarikat di bawah Tata Group telah diarahkan untuk membuat pembayaran kepada MSME bagi mengelakkan kekurangan aliran tunai.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Kebanyakan daripada pekerja digalakkan bekerja dari rumah dan hanya pekerja yang terlibat dalam perkhidmatan penting dibenarkan untuk melakukan perjalanan ke luar negara. Kilang Pune pula akan ditutup mulai 24 Mac sehingga 31 Mac dan selepas tempoh tersebut, keputusan akan dibuat sama ada untuk terus menutupnya atau memulakan operasi bergantung kepada situasi.

Selain itu, Jaguar Land Rover Ltd.akan turut menangguhkan operasinya di United Kingdom dan hanya akan memulakan semula operasi bermula dari 20 April, manakala cawangan pengedar di India dan Brazil akan terus beroperasi, malah cawangan di China juga telah mula beroperasi sejak 20 Mac.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply