ARKIB

KATEGORI

Buletin

SOCAR jalin kerjasama dengan PDRM untuk membanteras jenayah

Berita Tempatan

Views

SOCAR telah menjalinkan kerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu polis mewujudkan masyarakat yang lebih selamat dengan berkongsi maklumat yang dapat membantu menyelesaikan kes dan mencegah jenayah dalam jangka panjang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SOCAR Mobility Asia, Leon Foong, pihaknya amat berbesar hati kerana dapat membantu polis dengan berkongsi maklumat yang boleh membantu menyelesaikan kes jenayah dengan lebih cepat.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambahnya, sebagai sebuah platform mobiliti berteraskan teknologi yang bertanggungjawab, pihaknya bekerjasama rapat dengan PDRM bagi memastikan bahawa perkhidmatan mereka digunakan secara bertanggungjawab,

Jelas beliau, dari Julai 2020 hingga Mac 2021, maklumat daripada SOCAR telah membantu Polis Diraja Malaysia menyelesaikan 34 kes jenayah. Pengarah JSJ Bukit Aman, Timbalan Komisioner Datuk Dev Kumar MM Sree berkata, pihak polis menghargai sumbangan dan kerjasama daripada semua rakyat Malaysia, yang membantu pihaknya menyelesaikan kes jenayah dengan lebih pantas.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

PDRM berharap agar mereka yang ingin melakukan jenayah untuk membatalkan niat buruk mereka itu apabila menyedari bahawa tidak mudah untuk melepaskan diri daripada keadilan di Malaysia, terutama sekali dengan sokongan masyarakat.

Tambah beliau lagi, maklumat daripada orang awam telah banyak membantu menyelesaikan kes-kes jenayah selama ini, sekali gus membuktikan betapa pentingnya peranan orang awam dalam mencegah jenayah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply