ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Azlan Shah terkilan, kejayaan di Buriram terima sambutan hambar media tempatan

Sukan Permotoran

Views

Mungkin ramai yang tidak tahu, baru-baru ini pelumba negara Azlan Shah Kamaruzaman telah mencipta sejarah dalam sukan permotoran tanahair setelah dinobatkan sebagai juara sulung kategori ASB1000 Asia Road Racing Championship (ARRC) 2019 di Buriram, Thailand.

Ini merupakan kali pertama kategori Superbike dipertandingkan dalam saingan ARRC tahun 2019 yang menyaksikan beliau yang menungggang jentera BMW S 1000 RR mewakili pasukan ONEXOX TKRR SAG muncul sebagai juara menewaskan pasukan yang lebih kaya dan disokong oleh pengeluar.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Azlan muncul sebagai juara keseluruhan, meskipun hanya berpuas hati di tempat kedua pada Perlumbaan 1, namun kembali bangkit untuk muncul sebagai pemenang Perlumbaan 2. Sungguhpun begitu, kejayaan pelumba berusia 35 tahun dikatakan kurang mendapat liputan media, lantas beliau meluahkan rasa terkilan menerusi laman Facebooknya.

Dalam hantaran tersebut, beliau melahirkan rasa kecewa kerana media tempatan seperti memandang sepi pencapaiannya yang muncul sebagai Juara Asia. Hanya Berita Harian yang mewar-warkan berita kejayaan tersebut.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Tambahnya lagi, beliau juga merupakan atlet yang membawa nama negara ke persada dunia dan merayu kepada pihak yang terlibat supaya menghargai pengorbanan mereka yang sanggup mengadai nyawa untuk negara tercinta. Beliau turut memohon maaf sekiranya terkasar bahasa, selain mengucapkan syukur dan terima kasih kepada semua yang menyokongnya.

Luahan hati Azlan turut mendapat simpati dan pelbagai reaksi dari warganet yang kebanyakannya memberi kata-kata semangat kepada beliau untuk terus mengharumkan nama negara. Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah mendapat lebih 1,100 perkongsian menerusi laman Facebook.

Tahniah kami ucapkan kepada Azlan Shah Kamaruzaman atas kejayaan membanggakan ini. Semoga terus sukses dalam perlumbaaan setersunya! Kipidap, dongibab!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply