ARKIB

KATEGORI

Buletin

Subsidi petrol bersasar – Harga RON95 tak akan naik mendadak

Berita Tempatan

Views

Menurut Berita Harian, harga RON95 yang bakal diapungkan bermula tahun depan sejajar pelaksanaan program subsidi petrol bersasar, dijangka tidak naik ketara sehingga memberi kesan mendadak kepada rakyat. Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, rakyat yang tidak tergolong sebagai penerima subsidi itu masih boleh menikmati harga petrol berpatutan jika harga mentah minyak dunia berada pada paras antara AS$50 hingga AS$60 setong.

Beliau ingin tekankan bahawa ianya adalah secara berperingkat. Katanya, itulah prinsip yang telah dipersetujui oleh keseluruhan Jemaah Menteri ketika harga diapungkan nanti. Impak ekonomi sukar diperbetulkan jika kerajaan benarkan harga minyak melonjak ke paras RM2.50 atau RM2.45.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Tambahnya, harga minyak bergantung kepada situasi pada bulan Januari tahun depan. Sekiranya harga minyak mentah AS$45 ke AS$60 setong kita sudah boleh membuat ramalan. Jadi kenaikan berperingkat itu adalah sangat minimum sejajar pelaksanaan program subsidi petrol bersasar tahun depan supaya tidak memberi kesan parah kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-UMNO Rembau) di Dewan Rakyat hari ini. Khairy mahu tahu apakah mekanisme penetapan harga petrol berperingkat dan kesan kepada inflasi dan adakah kerajaan akan menetapkan harga siling.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PH-BERSATU Beluran) mengenai rasional B40 di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak tergolong sebagai penerima program subsidi itu, Saifuddin berkata, keadaan di sana berbeza dengan Semenanjung.

Pengangkutan persendirian yang lazim digunakan orang awam adalah kereta dan motosikal, namun situasinya sedikit berbeza di Sabah dan Sarawak kerana terdapat penduduk di sepanjang sungai menggunakan bot kecil sebagai pengangkutan utama. Bot berkenaan menggunakan enjin sangkut dan menggunakan petrol sebagai bahan api.

Terdapat juga penggunaan set penjana (generator) di kawasan pedalaman. Selain itu, agensi kerajaan juga tiada sumber data utama yang boleh digunakan untuk mengenal pasti pemilik bot serta set generator di kedua-dua negeri berkenaan. Oleh kerana penduduk di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak menerima program subsidi ini, maka subsidi pukal RON95 diteruskan pada harga RM2.08 seliter.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply