ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sultan Johor kurnia Proton X70 kepada tiga doktor sebagai tanda penghargaan

Berita Tempatan

Views

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan kenderaan Proton X70 kepada tiga doktor sebagai penghargaan di atas perkhidmatan mereka di dalam pasukan perubatan Baginda.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Kenderaan tersebut telah disampaikan oleh wakil Baginda Tuanku Sultan, Datuk Perdana Dalam, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa. Foto-foto upacara penyerahan tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebentar tadi.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Mereka yang menerima ialah Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Am, Dr. Azizan Sharif, Pegawai Perubatan Jabatan Ortopedik, Dr. Hishamudin Salam yang bertugas di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Dr. Jaidon Romli daripada Pejabat Kesihatan Johor Bahru yang sedang berkhidmat di Klinik Kesihatan Tampoi, Johor Bahru.

Dr. Jaidon yang bertugas di dalam pasukan perubatan DYMM Sultan Johor sejak tahun 2010 menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kurniaan kereta tersebut. Beliau menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan kereta ini dan mendoakan semoga Baginda Tuanku Sultan serta Kerabat DiRaja sentiasa sihat sejahtera.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply