ARKIB

KATEGORI

Info

MESTI BACA : Bahaya basikal lajak

Info

Views

Memandangkan sejak kebelakangan ini makin menjadi-jadi geng basikal lajak melakukan aksi berani mati, kami terpanggil untuk kongsikan info menarik ini yang diambil dari laman Facebook Public Health Malaysia. Basikal lajak biasanya telah diubahsuai dari basikal biasa dan ia sebenarnya sangat bahaya kepada kanak-kanak.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Kedudukan yang tidak ergonomik ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, antaranya:

  • Kecederaan otot/tulang belakang kerana postur kerusi yang tinggi dan badan perlu membongkok pada kadar yang lama.
  • Kecederaan lutut kerana dalam keadaan basikal rendah, dan kedudukan yang membongkok memerlukan tenaga dan daya yang tinggi menyebabkan masalah koyak lutut.
  • Kecederaan di tangan/badan yang menyerap getaran daripada basikal yang diubah suai.
  • Risiko kecederaan kepala jika tidak memakai topi keledar.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Bukan itu sahaja, aksi berani mati seperti dalam video di bawah ini juga boleh membahayakan penunggang basikal lajak dan pengguna jalan raya yang lain. Mungkin tragedi kemalangan maut sekumpulan penunggang basikal lajak di Johor Bahru kira-kira dua tahun yang lalu boleh dielakkan sekiranya ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka.

Awasi anak anda. Jangan biarkan mereka mengubahsuai basikal kepada basikal lajak!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply