ARKIB

KATEGORI

Buletin

SOCAR Mobility Malaysia raih modal baharu bernilai AS$18 juta

Berita Tempatan

Views

SOCAR, aplikasi perkongsian kereta Nombor 1 di Malaysia, SOCAR Mobility Malaysia (SMM) berjaya mengumpul modal baharu berjumlah AS$18 juta pada penilaian AS$118 juta daripada Eugene Private Equity Co. Ltd. dan KH Energy Co. Ltd. melalui aktiviti pendanaan Siri A syarikat berkenaan.

Suntikan modal ini, yang pertama kali dilakukan oleh kedua-dua syarikat berkenaan ke dalam SOCAR Malaysia, meningkatkan jumlah pembiayaan SOCAR setakat ini kepada AS$40 juta dan bakal memacu pengembangan SOCAR di Asia Tenggara.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Mobility Malaysia, Leon Foong berkata, pihaknya sangat berbesar hati kerana mempunyai rakan kongsi baharu yang sedia menyokong mereka di dalam usaha membawakan mobiliti multiflex kepada masyarakat Asia Tenggara. Pelaburan oleh Eugene Private Equity Co. Ltd. dan KH Energy Co. Ltd. membuktikan keyakinan mereka terhadap model perkongsian kereta SOCAR, barisan pengurusan perniagaan ini serta pelan pengembangan mereka ke negara-negara lain di masa depan.

Jelas beliau, dengan adanya dana tambahan berkenaan, pihaknya menyasarkan untuk menambahbaik platform teknologi dan membawakan perkhidmatan SOCAR ke bahagian-bahagian lain di Asia Tenggara. Modal baharu AS$18 juta tersebut akan disalurkan ke arah penambahbaikan teknologi dan pengukuhan pertumbuhan serta kedudukan SOCAR di Malaysia dan pengembangan ke negara-negara baharu menjelang suku ke-4 2020.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Tambah Leon, dengan adanya modal tambahan ini, pengguna SOCAR bakal menyaksikan penambahbaikan baharu di masa depan, termasuklah pengalaman pengguna yang lebih lancar ketika menggunakan aplikasi, mod baharu perkongsian kereta, penambahan pilihan pembayaran dan proses pendaftaran serta kelulusan lesen yang lebih pantas untuk pengguna baharu.

Perkhidmatan SOCAR ketika ini boleh didapati di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan yang terbaharu di Ipoh. Setakat ini SOCAR mempunyai sebuah flit 2,000 kereta yang terdiri daripada 27 model berbeza di lebih 1,000 lokasi. SOCAR berazam untuk mengembangkan perkhidmatan ke negeri-negeri lain di Malaysia dalam masa akan datang yang terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply