ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Malaysia siar iklan acah Elantra generasi baharu

Berita Tempatan

Views

Hyundai Malaysia juga antara pengeluar kenderaan yang rancak memperkenalkan barisan model-model baharu mereka sejak kebelakangan ini. Selepas Kona dan Sonata serba baharu selamat dilancarkan, mereka mula mengusik warganet dengan menyiarkan iklan acah pertama model sedan segmen-C, Elantra generasi baharu.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Iklan acah yang memaparkan sebahagian reka bentuk hadapan model tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook rasmi iklan Hyundai Malaysia, kira-kira tiga jam yang lalu. Tiada sebarang maklumat diberikan, dan kapsyen di hantaran tersebut memberi petanda awal yang model tersebut akan membuat kemunculan tidak lama lagi.

Besar kemungkinan, model yang turut dikenali dengan nama Avante di beberapa negara ini akan ditawarkan dengan enjin 1.6 liter SmartStream G1.6 petrol yang dipadankan bersama transmisi CVT untuk pasaran Malaysia. Gandingan trenkuasa ini mampu menghasilkan 122 PS dengan 154 Nm daya kilas.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Elantra 2021 menampilkan reka bentuk yang agak radikal dengan penggunaan permukaan badan ‘berketak-ketak’ menerusi permainan garisan geometrikal. Sekilas pandang ia mempunyai imbasan bentuk ‘Civic Ketam’ dari arah belakang tetapi dalam versi jadian yang agak ekstrem.

Model ini dijangka diimport sepenuhnya secara CBU dari Korea dan jika ia mahu mendapat tempat di hati peminat automotif tempatan, tanda harganya perlu ‘sekufu’ dengan pesaing-pesaing sedia ada seperti Honda Civic, Toyota Corolla dan beberapa model lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply