ARKIB

KATEGORI

Tular

Tak terfikir nak jual Yamaha RX-Z 5 Speed 1985 walaupun ditawar harga RM50k – Tok Ngoh Nik

Tular

Views

Baru-baru ini, foto seorang lelaki bernama Nik Zahari Wan Omar, 58 bersama motosikal Yamaha RX-Z model 5 Speed keluaran pertama 1985 tular di media sosial hinggakan ada seorang ahli perniagaan tempatan sanggup menawarkan harga RM50,000 untuk membelinya.

Namun menurut Harian Metro, Nik Zahari atau lebih mesra dipanggil Tok Ngoh Nik berkata, dia enggan menjualnya kerana motosikal itu terlalu bernilai dan mempunyai nilai sentimental tersendiri. Tok Ngoh Nik berkata, dia membeli motosikal itu pada 1985 dengan harga RM3,300 secara ansuran.

Katanya, tidak kisahlah berapa harga yang sanggup ditawarkan, tetapi hatinya tidak terbuka lagi untuk menjualnya. Motosikal itu terlalu banyak berjasa kepadanya selama ini. Sejak dari zaman muda dia menjaganya dengan baik dan menyertai banyak konvoi ke seluruh negeri.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Tambah Tok Ngoh Nik, ramai kenalan yang menyarankannya  untuk menjual motosikal tersebut dan wang hasil jualan boleh digunakan untuk kegunaan masa depan termasuk membeli tanah dan sebagainya, namun dia tetap enggan berbuat demikian.

Dia berkata, nombor pendaftaran pada motosikal itu juga menjadi perhatian dan kegilaan orang ramai. Nombor pendaftaran TC 13 itu dikeluarkan pada tahun 1974 dan pernah seorang peniaga menahannya di tengah jalan semata-mata ingin membeli nombor pendaftaran tersebut.

Dia juga pernah ditawarkan RM20,000 secara tunai tetapi tidak berminat menjualnya dan terbaharu seorang peniaga sanggup membelinya dengan berapa sahaja harga yang ditetapkan. Katanya dia masih berat hati untuk menjualnya sekarang, tetapi tidak pasti pada masa akan datang.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Menurutnya, motosikal itu istimewa kerana semua komponen kekal dengan barangan tulen. Walaupun motosikal itu sudah berusia 36 tahun dan pernah digunakan di ladang kelapa sawit namun semua komponen motosikal kekal baik dan terjaga rapi.

Setiap kali menyertai konvoi atau perhimpunan RX-Z, motosikal itu akan menjadi tumpuan untuk bergambar dan ia memberi kepuasan kepadanya. Tok Ngoh Nik juga tidak pernah terfikir, motosikal yang pernah memasuki ladang kelapa sawit itu akan menjadi perhatian ramai sekarang.

Sementara itu, anaknya, Nik Muhammad Izzuddin Nik Zahari, 29, berkata, dia juga peminat RX-Z dan berasa bertuah kerana berpeluang menaiki motosikal keluaran pertama itu. Katanya, dia juga tidak rela sekiranya ayah menjual RX-Z 5 Speed itu kerana mustahil untuk mendapatkannya semula.

Tambahnya, walaupun dia mempunyai RX-Z Millenium dan RX-Z Catalyzer namun kedua-duanya tidak boleh menandingi keseronokan menaiki RX-Z 5 Speed itu. Katanya lagi, RX-Z 5 Speed kepunyaan bapanya itu sudah dikenali ramai, maka tidak hairanlah ramai peminat sanggup datang ke rumah semata-mata untuk melihat motosikal itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Harian Metro dan Arena Motosikal

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply