Meskipun hanya 200 unit sahaja ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan harga yang bermula dari RM286,896 (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pengecualian SST), tempahan model hatchback kompak Toyota GR Yaris telah mendapat sambutan yang sangat di luar dugaan.
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
Menurut Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K, sejak dilancarkan pada 17 Disember 2020, ia menerima sambutan cukup hangat di kalangan para peminatnya dan menyeru mereka yang berminat dengan model ‘cili padi’ ini supaya terus mendaftarkan minat menerusi pengedar GR Garage seluruh negara.
GR Yaris bukan sahaja hangat di Malaysia, bahkan di Australia 1,000 unit telah berjaya dijual hanya dalam tempoh seminggu! Model ini hanya dijual dalam bilangan terhad menerusi pengedar GR Garage yang turut menjual beberapa model lain seperti GR Supra dan Vios GR-Sport, termasuk barangan prestasi.
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor dan Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama pula menambah, kejayaan model GR Yaris adalah contoh bagaimana mereka menghasilkan kereta terbaik yang seronok untuk dipandu. Beliau turut berharap lebih banyak lagi model dengan lencana GR diperkenalkan pada masa akan datang.
Bagi yang berminat dengan GR Supra, Vios GR-Sport mahupun GR Yaris, mereka dijemput untuk mengunjungi Bilik Pameran Dalam Talian Toyota yang boleh diakses menerusi pautan ini yang dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Untuk maklumat mengenai GR Garage, layari https://toyota.com.my/tgrmalaysia/gr garage/.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
KOMEN TERKINI