ARKIB

KATEGORI

Tular

Tampal lampu indikator amaran transmisi dan beg udara dengan pelekat hitam – Warganet ini mahu saman My Auto City Kajang!

Tular

Views

Panas! Menerusi satu hantaran di laman group PREVEROE MALAYSIA CLUB (PMC), pemilik akaun Facebook bernama Mnh Bonz telah memuatnaik satu hantaran yang mendakwa dia telah ditipu oleh syarikat penjual kereta terpakai My Auto City Kajang.

Beberapa simbol lampu indikator pada meter Proton Prevé yang dibelinya dari syarikat tersebut pada Mei 2019 dipercayai telah ditampal dengan pelekat hitam. Katanya dia tergerak hati untuk memeriksa meter kereta tersebut setelah mendegar beberapa kes pelanggan yang telah terkena dengan penipuan tersebut.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Tambahnya, sebelum ini syarikat tersebut dikesan menipu jarak perbatuan (mileage) namun, apa yang terjadinya kepadanya sangat keterlaluan kerana dia langsung tidak akan perasan sekiranya lampu amaran transmisi dan beg udara menyala.

Ini kerana ia merupakan ciri keselamatan yang dibuat oleh Proton untuk keselamatan kereta dan juga pemandu. Kereta itu juga katanya digunakan sebagai pengangkutan harian untuk membawa keluarga dan juga ke tempat kerja. Tambah Mnh Bonz lagi, dia tidak teragak-agak untuk menyaman syarikat tersebut dalam masa terdekat.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Sebenarnya, isu ini bukan kali pertama berlaku kerana laman Facebook Malaysian Modders turut mendedahkan kes seumpama ini juga turut berlaku kepada beberapa pelanggan lain. Bukan itu sahaja, ulasan mengenai syarikat ini juga teruk kerana rata-rata pelanggan yang pernah membeli kereta dengan mereka turut mengatakan mereka sebagai ‘penipu’.

Tambah menarik, laman Facebook syarikat itu juga turut hilang dari radar dan ada yang mengatakan ia telah diubah kepada nama lain dengan akaun yang baharu. Kita nantikan apa kesudahan kisah ini dan berharap mereka yang terlibat untuk membuat laporan polis dan juga kepada tribunal pengguna untuk menuntut keadilan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mnh Bonz

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply