ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perkhidmatan feri Pulau Pinang perlu ditambah baik, bukan dihentikan

Berita Tempatan

Views

Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbang semula cadangan bagi menggantikan perkhidmatan feri Pulau Pinang dengan bot katamaran. Malah kualiti perkhidmatan pengangkutan awam laut yang ikonik itu perlu dipertingkatkan dan bukan ditamatkan begitu sahaja.

Berita Harian melaporkan, Pengerusi Persatuan Kemajuan Nusa Pulau Pinang, Hazizi Padzil, berkata sehingga kini cadangan menggunakan bot katamaran tidak jelas diperincikan kepada orang awam termasuk jenis bot yang akan digunakan.

Walaupun terdapat bot katamaran besar yang mempunyai ruang kepada kenderaan, harganya begitu mahal manakala mengikut perkiraan daripada Kerajaan Persekutuan, bot katamaran yang dicadangkan hanya boleh memuatkan penumpang pejalan kaki.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Jelasnya, bot katamaran dilihat sebagai bot yang moden dan penumpang pejalan kaki semestinya sangat teruja bagi menggunakannya namun ia tiada ruang bagi penumpang berkenderaan ringan seperti motosikal, kereta dan van.

Namun, ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penumpang berkenderaan terutama penunggang motosikal yang memikirkan risiko keselamatan jalan raya selain pemandu kereta pada waktu kemuncak dan ketika musim hujan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam Dewan Rakyat pada 7 Disember lalu menyatakan seramai 1.5 juta penumpang menggunakan perkhidmatan feri dalam tempoh setahun dan sebanyak 200,000 daripada jumlah itu adalah penumpang berkenderaan.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Hazizi berkata, memang terdapat jurang yang besar sekiranya mahu dibandingkan jumlah penumpang berkenderaan itu dengan penumpang pejalan kaki namun ia bukanlah angka kecil dan tidak perlu dihiraukan. Katanya, mereka tidak menolak pemodenan dan diganti dengan perkhidmatan pengangkutan air lain.

Tambahnya, sumber lama perkhidmatan sedia ada bagi menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau negeri ini, masih boleh ditingkatkan kualiti dan perkhidmatannya. Sementara itu, pengunjung dari Kuala Lumpur, Hayati Abdul Tahir, 36, berkata dia yang datang bersama kira-kira 10 ahli keluarga hanya mengetahui khabar angin yang tular di media sosial mengenai penamatan operasi feri selepas tiba di Pulau Pinang pagi tadi.

Katanya, ini kali kedua dia menaiki feri Pulau Pinang dan kali pertama ketika berusia 12 tahun, sudah tentu ia memberi kenangan manis. Sekiranya digantikan dengan penggunaan bot baharu, wajarlah ia dikekalkan sebagai tarikan dan kesinambungan sejarahnya.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow turut meminta Ka Siong menilai kembali dan membenarkan feri sedia ada dibangunkan semula supaya kenderaan yang menggunakan perkhidmatan feri kini dapat juga merasai perkhidmatan feri baharu yang bakal dipesan oleh kementerian itu ataupun Penang Port Sdn Bhd kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply