ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga RM700 je, kereta lain mana dapat – Lelaki ini kongsi kisah beli Proton Saga terpakai masa belajar di England

Tular

Views

Selepas tular kisah sebuah Proton Saga lama dinobatkan sebagai kereta klasik terbaik di Britain pada tahun lalu, seorang warga Malaysia tampil menceritakan kisahnya pula.

Menurut UTUSAN ONLINE, lelaki tersebut berkongsi pengalaman menarik dirinya sewaktu belajar di sebuah universiti di Sheffield, England suatu ketika dahulu mampu membeli kereta itu dengan harga amat murah.

“Inilah kereta pertama aku beli dengan duit gaji sendiri sebagai cleaner (tukang cuci) semasa belajar di sana. Harganya memang anda akan senyum kalau dengar iaitu cuma £100 sahaja.

“Waktu itu, kalau convert (tukar) duit Malaysia lebih kurang RM700. Masa itu kereta apa boleh dapat di Malaysia dengan harga ini,” katanya yang dikongsi warganet Usin Lempoyang.

Nama penulis sebenarnya tidak didedahkan, tetapi perkongsian beliau tular apabila meraih 15,000 tanda suka selain dikongsi lebih 200 kali dan menerima hampir 200 komen.

 

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Proton Saga mula dieksport ke Britain pada 1988 selepas tiga tahun dilancarkan di Malaysia dengan harga ketika itu dari serendah £8,999 (RM511,721) sehingga £10,799 (RM62,067).

Model sedan 1.5 SE LE dan 1.3 GLS berasaskan versi Mitsubishi Lancer Fiore dari Jepun itu dijual sekitar 100 pengedar di Britain dengan pematuhan standard ketat negara berkenaan.

Ia dibangunkan di kilang Proton di Shah Alam, Selangor dengan unit pertama dihadiahkan kepada Muzium Negara di Kuala Lumpur manakala ketika ini telah memasuki generasi ketiga.

Menjelas lanjut, penulis ini mendakwa, sudah beberapa kali beliau dikenakan saman trafik selain notis amaran daripada pihak polis di Britain sepanjang memiliki kereta lama tersebut.

“Ironi, semasa di Malaysia, aku ada berangan hendak memakai kereta Continental orang putih, namun apabila sampai sana, aku boleh beli Proton Saga pula,” katanya dalam nada lucu.

Padahal ujar beliau lagi, harga kereta jenama Ford Mondeo atau BMW E36 di Britain masih rendah lebih kurang sama sahaja seperti kos bagi sebuah kereta ‘second-hand’ atau terpakai.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Beliau hanya mampu tersenyum ‘sengih’ apabila disindir oleh ibunya sebagai betul-betul berjiwa patriotik setelah melihat kereta Proton Saga berusia lebih 30 tahun yang dimilikinya itu.

Namun, penulis itu menyifatkan kereta ini banyak memberi kenangan dan sebelum balik ke tanah air, beliau memberikan Proton Saga itu kepada pelajar baharu yang lebih memerlukan.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti apakah yang terjadi ke atas kereta berwarna merah itu setelah pulang ke Malaysia tetapi berharap supaya keadaannya masih lagi baik untuk dipandu.

Awal Ogos tahun lepas, Proton Saga model Black Knight 1.5 GL melakar sejarah apabila berjaya dinobatkan memenangi anugerah kereta klasik terbaik Concours de I’Ordinaire 2021.

Ia menewaskan 49 lagi pesaingnya dalam Festival Hagerty yang merupakan acara tahunan terkenal sejak 2014 dan berlangsung meriah di pekarangan istana Grimsthorpe, Lincolnshire.

Uniknya, pemilik kereta itu, Jon Coupland, seorang pegawai polis yang berusia 30 tahun, turut mempunyai dua buah lagi model sama berwarna hitam di kediamannya di Boston, England.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Malaysiaku Dulu Dulu Official

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply