ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI BACA : Ini cara Geely bagi melindungi warga kerja mereka dari wabak COVID-19

Rencana

Views

COVID-19 kini menjadi ancaman dan musuh kepada seluruh warga planet bumi. Ia tidak terkecuali kepada seramai 6,000 orang kakitangan yang berkhidmat di Geely Holding yang berpangkalan di Hangzhou, China. Semasa wabak ini mula memunculkan diri pada awal Januari 2020, pihak pengurusan Geely Holding telah menubuhkan satu pasukan krisis dan merancang pelan tindakan bagi melindungi seramai 120,000 tenaga kerja di seluruh dunia dan juga aktiviti perniagaannya.

Dalam minggu pertama Februari, syarikat bersama kerajaan tempatan dan pusat telah menangguhkan masa untuk kembali bekerja dan menghentikan kepulangan pekerja dalam tiga fasa. Menjelang 1 Mac, semua fasiliti Geely di seluruh China telah kembali beroperasi untuk menghasilkan, mereka bentuk dan membangunkan kenderaan mereka untuk pengguna di seluruh dunia.

Pasukan Krisis Geely antara yang terawal kembali bertugas pada 10 Februari sekaligus menjadi yang pertama tiba di ibu pejabat. Beberapa protokol yang ketat telah dilaksanakan, semua perjalanan perniagaan telah dibatalkan dan tetamu tidak dibenarkan masuk.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Ketika ini, semua pekerja yang memasuki ibu pejabat diwajibkan untuk mengimbas suhu badan pada skrin visual yang ditempatkan di beberapa titik penting, sesiapa yang demam akan diasingkan dan dihantar ke pasukan perubatan. Bagi mengurangkan kesesakan dalam tempoh singkat, mesin perakam waktu masuk dan keluar telah ditempatkan di luar bangunan buat sementara, membolehkan pekerja bergerak keluar masuk dengan lebih lancar dan mudah.

Pekerja yang memandu ke ibu pejabat juga diwajibkan untuk mengimbas suhu dan kenderaan mereka perlu melalui tikar pembasmi kuman yang akan menyingkirkan bakteria dari bawah badan kenderaan dan sepanjang hari pemegang pintu kereta mereka akan dibersihkan dengan cecair pembasmi kuman oleh pasukan pengawal keselamatan.

Cecair pembasmi kuman juga diletakkan di pintu masuk dan titik utama keluar masuk, selain melarang penggunaan lif namun memperkenalkan had maksima pengguna dan turut meletakkan cecair pembasmi kuman dan tisu untuk mereka yang menekan butang.

Di dalam ibu pejabat, semua pekerja akan dibekalkan dengan topeng muka setiap 8 jam dan digalakkan untuk menutup mulut dan hidung mereka sepanjang masa. Penyelia di setiap aras juga akan turut memeriksa suhu badan pekerja dua kali sehari. Mesyuarat besar turut dibatalkan dan digantikan dengan sidang video.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Para pekerja juga diarahkan untuk melakukan penjarakkan sosial dengan mengekalkan jarak 1 meter antara satu sama lain semasa beratur untuk menggunakan ketuhar gelombang mikro dan fasiliti yang lain. Protokol yang sama juga telah dikuatkuasakan di semua fasiliti Geely seluruh China di mana seramai 60,000 pekerja bertugas setiap hari.

Hingga ke hari ini, Geely telah kembali beroperasi sepenuhnya tanpa sebarang kes COVID-19 dan ini merupakan hasil daripada langkah ketat yang telah diambil bagi mengekang penularan wabak tersebut. Selain itu, Geely juga bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Awam Li Shufu untuk menubuhkan dana khas berjumlah 200 juta RMB (RM117.7 juta) bagi menyokong pencegahan dan pengawalan epidemik COVID-19.

Dana tersebut telah diagihkan untuk membeli kelengkapan perubatan seperti topeng muka, cecair pembasmi kuman, gogel perubatan dan ventilator untuk kawasan yang terjejas di seluruh dunia.  Perkhidmatan mobiliti hijau Geely, CaoCao telah menubuhkan sebuah armada kecemasan yang menyediakan perkhidmatan mobiliti percuma kepada penduduk dan pekerja barisan hadapan di Wuhan.

Geely Auto juga memperuntukkan sebanyak 370 juta RMB (RM217.8 juta) untuk membiayai pembangunan “kenderaan sihat dan pintar“ yang mampu menyingkirkan bahan-bahan berbahaya termasuklah bakteria dan virus dari dalam kenderaan. Selain itu, Geely Auto turut menyumbang sebanyak 50 unit kenderaan pelbagai guna (MPV) Jia Ji yang dilengkapi dengan Sistem Pembersihan Udara Pintar kepada pasukan perubatan barisan hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply