ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Honda Accord generasi ke-10 kini dibuka!

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia telah mula membuka tempahan model generasi ke-10 Accord yang bakal dilancarkan di Malaysia pada suku pertama tahun ini. Accord mula diperkenalkan ke pasaran dunia pada 1976 sebagai model global kedua Honda. Di Malaysia, model ini berada dalam segmen sedan eksekutif dan mula dilancarkan pada 2001. Sejak itu, ia mula menjadi pilihan dengan jumlah jualan melebihi 84,100 unit setakat ini.

Ia terus melonjakkan standardnya dalam segmen-D dengan pengenalan generasi ke-9 pada 2013, yang mencatat julan memberangsangkan melebihi 32,500 unit dan terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran. Pada 2017, Honda Malaysia memperkenalkan ciri keselamatan terkini, Honda SENSING pada model generasi ke-9 yang mentakrifkan semula ciri-ciri premium dalam kelasnya.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata pengenalan Accord serba baharu yang dinanti-nantikan ini bakal menjadi penanda aras untuk sedan generasi akan datang dengan prestasi yang tiada tandingan, reka bentuk yang premium dan bergaya serta teknologi dan ciri-ciri keselamatan yang tercanggih.

Tambah Ishiyama, model ini dilengkapi dengan enjin turbo yang dipertingkatkan, yang menjadikan Honda satu-satunya pengeluar dari Jepun yang memperkenalkan enjin paling berkuasa dalam segmen-D. Reka bentuk Accord baharu menampilkan gaya fastback yang menggoda namun masih mengekalkan DNA kecanggihannya. Rekaan luaran serba baharunya didatangkan dengan lampu hadapan dan belakang jenis LED sepenuhnya.

Ia turut dilengkapi dengan ekzos berkembar dengan kemasan krom dan rim aloi bersaiz 18-inci dengan Resonator. Accord generasi baharu ini dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbo yang mampu menghasilkan output kuasa 201PS dengan daya kilas maksimum 260Nm, yang lebih berkuasa dari enjin berkapasiti 2.4 liter! Penjana ini memberikan agihan kuasan yang lebih cekap dan meningkatkan kecekapan penggunaan bahan bakar.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Generasi ke-10 Accord turut didatangkan dengan Honda SENSING yang menampilkan tiga kategori dan lapan ciri:

Bantuan Jelajah Pemandu

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Ikut Kelajuan Rendah (LSF)
  • Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Pencegahan Perlanggaran Hadapan

  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)

Pencegahan Perlanggaran Sisi

  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Amaran Terjajar Lorong (LDW)

Sebagai tambahan kepada Honda SENSING, model ini turut dilengkapi dengan Sistem Bantuan Parkir Pintar dengan Bantuan Brek (Belakang), Sistem Kamera Pelbagai Sudut (Kamera 360°) dan Honda LaneWatch. Kesemua varian didatangkan dengan sistem keselamatan standard seperti enam beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki (HSA),sensor parkir depan dan belakang dengan kamera belakang pelbagai sudut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply