ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jurutera maut kereta dirempuh dalam perjalanan pulang ke rumah

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, seorang jurutera maut, manakala isteri serta dua anak mereka selamat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Persiaran Tun Teja, dekat Alam Impian di Shah Alam, petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata dalam kejadian pada jam 3.45 petang itu, mangsa Ahmad Safwan Sulian, 32 yang memandu Perodua Aruz maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala isterinya, Nur Syahirah Ismail, 33 cedera di kaki kiri.

Tambah beliau, kemalangan itu berlaku apabila kereta Proton Perdana yang dipandu seorang lelaki dari arah Persiaran Panglima Sultan hilang kawalan dan terbabas seterusnya melanggar kereta mangsa yang datang dari arah Plaza Tol Alam Impian. Ia mengakibatkan Ahmad Safwan maut, manakala isteri serta dua anaknya iaitu Damia Husna, 5 dan Ahmad Adam Harraz, 3 terselamat dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Kata Baharudin, pemandu Proton Perdana iaitu lelaki berusia 36 tahun yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan kini dirawat di zon merah. Beliau berkata, sampel darah lelaki berkenaan sudah diambil dan polis kini masih menunggu keputusan ujian sama ada pemandu itu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Dalam pada itu, Nur Syahirah ketika ditemui di rumah keluarga Ahmad Safwan memaklumkan ketika kemalangan itu berlaku mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah selepas arwah memotong rambut di Seksyen 19.

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

Kata Nur Syahirah, kebiasaannya apabila kami berada berdekatan Seksyen 19, kami akan singgah di rumah ibu dan ayahnya tetapi semalam, kami tidak singgah kerana arwah mahu pulang dan mengambil dokumen yang tertinggal.

Nur Syahirah berkata, beliau dalam keadaan sedar ketika kemalangan itu berlaku dan maklum mengenai bantuan orang awam yang menyelamatkan dua anak serta menariknya keluar daripada kereta yang mana suaminya tersepit. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 sekitar jam 11.30 pagi tadi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply