ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tendang ‘rider wanita’ FoodPanda, lelaki ini akan didakwa esok

Berita Tempatan

Views

Semalam tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan pergelutan antara seorang lelaki dengan pekerja penghantar makanan di Bandar Puteri, Puchong. Menurut Berita Harian, lelaki yang menunjukkan isyarat lucah dan menendang ‘rider wanita’ FoodPanda itu akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya, esok.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan isyarat yang mengaibkan kehormatan.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Jelas beliau, pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian itu, semalam masing-masing daripada seorang wanita pekerja penghantar makanan Foodpanda berusia 26 tahun dan seorang lelaki berusia 61 tahun.

Tambah beliau, menerusi laporan polis dibuat wanita itu, pihaknya akan jalankan siasatan dan kertas siasatan sudah dilengkapkan sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya hari ini dan arahan telah dikeluarkan untuk menuduh lelaki itu. Bagaimanapun, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan ke atas laporan yang dibuat oleh lelaki berkenaan.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Selain itu, kata beliau pihaknya maklum mengenai penularan beberapa berita palsu di media sosial berhubung kejadian itu termasuk tohmahan mengatakan pihak polis tidak menjalankan siasatan. Beliau mengingatkan yang perbuatan itu adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam BH melaporkan mengenai satu kejadian perselisihan faham di antara seorang pekerja penghantar makanan dengan seorang pemandu kereta di Jalan Puteri 9/1 Bandar Puteri, Puchong. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pemandu kereta terbabit memarahi mangsa kerana memotong kereta dipandunya ketika dia mahu membuat pusingan U di situ.

Suspek turut menunjukkan isyarat lucah dan menendang mangsa beberapa kali sehingga terjatuh. Dalam pada itu dua rakaman video termasuk satu rakaman CCTV berhubung kejadian itu tular di media sosial sejak petang semalam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply