ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada lagi kebenaran rentas negeri – Mereka yang degil diarah berpatah balik dan dikompaun bermula hari ini

Berita Tempatan

Views

Dalam sidang media harian Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, Mesyuarat Khas MKN hari ini telah memutuskan bahawa pergerakan antara negeri tidak dibenarkan sama sekali.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Tambah beliau, semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaporkan di Kuantan sahaja seramai 1,300 individu beratur di Ibu Pejabat Polis Daerah tersebut untuk membuat permohonan untuk pulang ke kampung (rentas negeri). Tegas beliau, selepas ini mereka tidak perlulah untuk beratur panjang untuk berbuat demikian kerana ia tidak dibenarkan sama sekali.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Katanya lagi, masih ramai lagi individu yang cuba untuk pulang ke kampung dan semalam sahaja sebanyak 2,412 buah kenderaan telah diarahkan untuk berpatah balik. Oleh itu, mulai hari ini, pihaknya telah bersetuju supaya mereka bukan sahaja diarah berpatah balik, malah akan dikompaun terus di sekatan jalan raya. Jelasnya, kerajaan mahu rakyat sedar kerajaan benar-benar serius untuk tidak membenarkan kes rentas ini berlaku.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply