ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tentera Darat Malaysia terima aset kenderaan dan persenjataan baharu

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menerima beberapa perolehan baharu bagi Kenderaan Jenis B (KJB) dan persenjataan menerusi Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat di Perkarangan Garaj A 92 Depot Kenderaan Pusat (DKP).

Menurut laman Facebook rasminya, majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Zamrose bin Mohd Zain.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Perolehan aset baharu bagi Kenderaan Jenis B (KJB) melibatkan Trak 1 Tan GS Cargo, Trak 1 Tan Fitted For Radio (FFR), Trak 3 Tan dan 1 Tan FFR untuk MALBATT 850 serta bas 44 penumpang.

Selain itu, 280 laras senjata telah berjaya diterima pada penghujung Februari melibatkan 40 unit Sniper Rifle 12.7 mm dan 240 unit Light Machine Gun (LMG) 5.56 mm.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Kesemua kenderaan dan persenjataan ini telah menjalani Final Acceptance Test (FAT) yang telah dilaksanakan oleh Tentera Darat pada hujung tahun 2021 dan awal tahun 2022.

Perolehan aset sebegini juga sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, iaitu; “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan” dengan memberi penumpuan kepada peningkatan tahap kesiagaan, kompetensi dan aset TDM.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tentera Darat Malaysia

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply