ARKIB

KATEGORI

Buletin

Teringin nak jadi pemilik Proton X90 selama tiga hari? Jom sertai peraduan “X90 At First Sight”!

Berita Tempatan

Views

Anda teringin nak jadi ‘pemilik sementara’ Proton X90 selama tiga hari secara PERCUMA? Proton kini sedang mencari 10 individu bertuah yang akan menjadi pemilik X90 selama tiga hari menerusi peraduan “X90 At First Sight“.

Peraduan bermula dari 1 Jun sehingga 30 Jun 2023 dan hanya perlu menghantar komen mengenai ‘perkara yang paling mereka gemari tentang X90‘ menerusi platform media sosial Proton (Facebook dan/atau Instagram).

Peraduan ini terbuka kepada penduduk Malaysia (sama ada warganegara dan bukan warganegara) yang mempunyai kad pengenalan atau pasport yang sah, serta dan lesen Memandu Malaysia Kelas D.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Untuk menghantar penyertaan, peserta dikehendaki melengkapkan semua langkah berikut sepanjang tempoh peraduan. Berikut adalah cara-cara untuk menyertainya:

  • Ikuti halaman Facebook rasmi Proton @ProtonCarsOfficial dan/atau Instagram @ProtonCars dan ‘like‘ hantaran pengumuman peraduan untuk menyertai.
  • Buat ulasan atau komen pada hantaran yang menyatakan tanggapan pertama mereka terhadap Proton X90.
  • Tagtiga (3) rakan dan masukkan tanda pagar #PROTONX90ATFIRSTSIGHT dalam komen.
  • Pastikan profil Facebook dan/atau Instagram ditetapkan kepada umum (public) agar penyertaan dapat dilihat oleh pihak Proton.
  • Setiap peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak ulasan yang mereka suka sepanjang tempoh peraduan.
  • Setiap peserta hanya layak menang sekali sahaja.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Sepuluh (10) pemenang akan diumumkan mengikut jadual di bawah:

BulanTempoh MingguMinggu Pengumuman
Jun 2023 Minggu PertamaMinggu Ketiga, Jun 2023
  Minggu KeduaMinggu Keempat, Jun 2023
  Minggu KetigaMinggu Pertama, Julai 2023
  Minggu KeempatMinggu Kedua, Julai 2023

Proton akan menghubungi para pemenang untuk pengesahan maklumat dan pemenang hendaklah membalas e-mel atau panggilan telefon daripada Proton atau menghubungi Proton dalam tempoh tujuh (7) hari untuk mendapatkan ganjaran.

Hadiah akan diagihkan kepada para pemenang pada hujung minggu (Jumaat hingga Isnin) bergantung pada ketersediaan pemenang dalam tempoh 3 bulan selepas pengumuman dan mesti digunakan dalam tempoh 3 bulan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply