ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla Cybertruck – Trak pikap tiru bentuk nasi lemak?

Berita Global

Views

Kecoh di laman sosial mahupun di portal permotoran seantero dunia setelah Tesla memperkenalkan trak pikap elektrik sulung mereka, Cybertruck. Dengan rekaan segitiga seperti ‘nasi lemak seringgit’, trak pikap ini telah mencetuskan pelbagai polemik serta perdebatan di kalangan ahli persatuan bawang sedunia.

Model trak pikap masa depan ini dilancarkan oleh Elon Musk di California malam kelmarin. Rekaannya agak pelik, namun sekilas pandang ia mengingatkan kami kepada gaya rekaan model Delorean DMC-12 dan Lamborghini Countach yang begitu tersohor di era 80an.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Tujuh tahun diperuntukkan untuk membina Cybertruck atau CYBRTRK yang mempunyai ukuran dimensi 5,885mm panjang, 2,027mm lebar dan 1,905mm tinggi. Trak pikap futuristik ini mempunyai enam tempat duduk dan akan berada dalam segmen yang sama dengan Ford F-150. Cybertruck dikuaskan oleh sistem Tri-Motor AWD yang membolehkannya memecut dari 0-96km/j dalam masa 2.9 saat, kelajuan yang setanding dengan sebuah supercar.

Ia mempunyai jarak pemanduan lebih 800km dan kelajuan maksimanya pula mencecah 209 km/j. Harga yang ditawarkan pula adalah $69,900 (RM291,620). Ada dua lagi model ditawarkan, model asas Single Motor RWD dengan jarak pemanduan lebih 400km dan pecutan 0-96km/j dalam masa 6.5 saat, serta varian pertengahan Dual Motor pula dengan jarak pemanduan lebih 480km dan pecutan 0-96km/j dalam masa 4.5 saat.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Varian Single Motor RWD dijual pada harga $39,900 (RM166,472) manakala Dual Motor pula dijual dengan harga bermula dari $49,900 (RM208,188). Cybertruck menggunakan casis keluli tahan karat, suspensi udara, ruang kargo berukuran 2 meter yang dipanggil Vault serta penutup kargo yang mampu melindungi ruang barangan berkapasiti 2,831 liter.

Semasa majlis pengenalannya, Tesla telah mebuat satu demonstrasi bagi menunjukkan kekuatan tingkap kenderaan tersebut. Tukul besi dan beberapa biji bebola besi telah dihentak serta dilemparkan ke cermin tersebut. Apa yang menarik, cermin tersebut hanya retak dan tidak pecah, sekaligus membuktikan ketahanannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply