ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pak Wan tinjau super dron

Berita Tempatan

Views

Khamis lalu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof telah meninjau super drone atau “manned aerial vehicle” di Subang setelah menerima jemputan syarikat Eastcap Berhad. Kementerian juga memberikan sokongan dan memudah cara kepada beberapa projek dron dan mobiliti udara yang dijalankan oleh syarikat tempatan dan luar negara.

Projek seumpama ini dapat menggalakkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam industri aeroangkasa dan mobiliti udara menerusi usahasama antara syarikat tempatan dan syarikat antarabangsa dalam bidang pemasangan dan pembuatan bahagian dan komponen serta menggunakan teknologi terkini merangkumi data besar, kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT).

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Ianya merupakan inisiatif swasta yang tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada pihak Kerajaan. Menurut Redzuan, kementeriannya akan terus menyokong dan memudah cara pembangunan usahawan PKS yang berinovasi tinggi, selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) di bawah Teras Strategik 5 untuk memperluas sektor berpotensi utama dalam industri pertumbuhan tinggi seperti aeroangkasa, automotif, rel, tenaga boleh diperbaharui, peranti perubatan, bioteknologi dan industri halal.

Tambah beliau, MED akan sentiasa menjalinkan kerjasama secara berterusan dengan pemain industri tempatan dan antarabangsa bagi mencapai objektif yang disasarkan di bawah DKN 2030. Sungguhpun begitu, usahawan-usahawan yang ingin menceburi industri tersebut haruslah akur dan memahami peraturan dan undang-undang sedia ada dan sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa di negara ini terhadap proses penguatkuasaan dan pemantauan sebarang aktiviti berkaitan.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Beliau juga telah menerima penerangan tentang perancangan Eastcap Berhad untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan fasiliti pemasangan sebanyak 10,000 unit super dron setahun dan ini bakal mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan untuk pasaran eksport.

MED juga menggalakkan lebih banyak syarikat inovasi tempatan untuk memilih Cyberjaya sebagai tapak ujian untuk menguji teknologi dan inovasi baharu termasuk autonomi, dron dan mobiliti udara. Pihak
kementerian juga sedang berbincang dengan pihak Kementerian Pengangkutan dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengenai keperluan mewujudkan kerangka perundangan kondusif dan holistik bagi menyokong perkembangan industri ini di samping memperkasakan ekosistem sedia ada.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply