ARKIB

KATEGORI

Buletin

UD Trucks serah unit pertama trak tugas ringan UD Kuzer

Berita Tempatan

Views

UD Trucks dan rakan pengedar tunggalnya, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) baru-baru ini menyerahkan unit pertama trak tugas ringan UD Kuzer kepada Jun Hong Trading Sdn Bhd. Trak ini pernah dipamerkan semasa Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) tahun lalu dan tempahannya mula dibuka beberapa bulan kemudian.

UD Kuzer juga melengkapi model trak tugas berat dan tugas sederhana yang sedia ada iaitu UD Quester dan UD Croner. Pengarah Urusan UD Trucks Hub Malaysia & Oceania, Steve Hedouin berkata, penyerahan unit pertama UD Kuzer menandakan kerjasama yang semakin erat di antara UD Trucks, TCIE dan pelanggan mereka, selain membuktikan perkembangan perniagaan mereka yang cukup memberangsangkan.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Ketua Pegawai Operasi TCIE, Jaclyn Loy berkata, UD Kuzer dapat memenuhi pelbagai keperluan para pelanggan mereka. Ia direka untuk tugas penghantaran harian di kawasan bandar kerana ia memenuhi segala keperluan yang diperlukan oleh pelanggan, dari segi keselamatan, mudah dikendalikan hinggalah penjimatan bahan api.

Teknologi enjin termajunya menawarkan prestasi dan kuasa kilasan yang tinggi. Selain itu, ia tahan lasak, andal, berkuasa, selesa dan menjimatkan penggunaan bahan api. Trak ini juga mempunyai sistem Fuel Coach pada masa sebenar yang memberi panduan kepada pemandu untuk mengoptimumkan penggunaan bahan api. Manakala UD Telematics pula hadir sebagai ciri pilihan yang berfungsi memantau dan menambah baik prestasi trak dan pemandu.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Ditubuhkan lebih 20 tahun lalu, Jun Hong Trading Sdn. Bhd. merupakan pakar pembekal barangan umum seperti produk-produk isi rumah dan taman, penjagaan kereta, aksesori, pelbagai peralatan bertukang serta produk gaya hidup. Syarikat akan menggunakan UD Kuzer baharu ini untuk tujuan penghantaran ke pasar raya hiper serta gedung membeli-belah seperti Mydin, Aeon/Aeon Big, Giant and TF Value Mart.

Pengarah Eksekutif Jun Hong Trading Sdn. Bhd., Chong Fook Loy berkata, mereka berbangga kerana menjadi pelanggan pertama di Malaysia yang menerima UD Kuzer baharu. Keputusan mereka untuk membelinya didorong oleh pengalaman positif kami dengan model-model UD terdahulu, di samping perkhidmatan selepas jualan yang ekstensif dan responsif.

Di Malaysia, para pelanggan UD Trucks disokong oleh rangkaian 43 pusat servis dan pengedar TCIE yang ekstensif di seluruh negara. Ia menawarkan perkhidmatan UD Extra Mile Support yang terdiri daripada Servis dan Alat Ganti Tulen UD, Latihan Pemandu UD, Perkhidmatan UD Telematics dan UD Trust Service Agreements.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply