ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla lancar stesen pengecasan Supercharger di Gamuda Cove, terbesar di Asia Tenggara

Berita Tempatan

Views

Tesla hari ini melancarkan stesen Supercharger terbesarnya di Asia Tenggara yang terletak di Gamuda Cove, Selangor.

Dengan kerjasama Gamuda Land untuk membangunkan taman alam, bandar pintar, dan lestari, Tesla menyediakan sebanyak 6 Supercharger dan 18 Destination Charger di Gamuda Cove.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kadar bayaran yang dikenakan untuk pengecas Supercharging adalah RM1.25 bagi setiap kWj, manakala untuk DC adalah percuma untuk pemilik Tesla, sehingga diberitahu kelak.

Caj ‘idle‘ RM4.00 seminit turut dikenakan apabila menggunakan stesen Supercharging pada kapasiti 100 peratus.

Sehingga hari ini, sebanyak Tesla 7 stesen Supercharger (36 pengecas) dan 9 stesen Destination Charger (55 pengecas) telah beroperasi di Malaysia.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tesla juga terus memperluaskan rangkaian pengecasannya ke Singapura dengan jumlah keseluruhan 11 stesen Supercharger dan 9 stesen Destination Charger.

Lebih banyak stesen pengecasan Tesla dijangka akan beroperasi dalam tempoh beberapa bulan akan datang, antaranya di Kuantan, Prai di Pulau Pinang, Putrajaya manakala dua lagi lokasi yang masih belum dinyatakan di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam majlis yang sama Tesla turut mengumumkan pembayaran Supercharging menerusi aplikasi Tesla. Selain itu, aplikasi ini juga membolehkan pengguna boleh melihat ketersediaan, menavigasi, dan memantau status cas Supercharger.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply