ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Skuad’ air balang infak naik Honda C70 lampu bulat curi tumpuan

Berita Tempatan

Views

Sejak awal Ramadan, kehadiran empat sekawan yang menaiki motosikal Honda C70 lampu bulat di beberapa lokasi di bandar ini dan Tumpat sentiasa mencuri tumpuan serta dinanti-nantikan orang ramai.

Mereka datang bukan dengan tangan kosong atau sekadar memperagakan motosikal berkenaan, sebaliknya membawa amanah besar oleh pelbagai pihak yang menginfakkan air minuman untuk diagihkan kepada orang ramai, khususnya golongan asnaf.

Bercakap kepada Bernama, peniaga “i-Phoso” Shazwan Saupi, 40, berkata, setiap hari dia diamanahkan untuk mengagihkan lapan jenis air balang yang diinfakkan ke lokasi yang dikenal pasti.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Saya jual lapan jenis air balang berperisa buah seperti laici, tembikai, anggur dan mangga, setiap balang boleh menghasilkan kira-kira 70 bungkus air.

Setiap hari saya terima kira-kira RM400 hasil sumbangan orang ramai yang mahu membantu golongan asnaf, sumbangan diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat, malah ada pihak dari Sarawak turut memberi sumbangan,” katanya ketika ditemui di Taman Hijau, di Kota Bharu.

Bercerita lanjut, Shazwan berkata sebelum diagihkan, proses membungkus air berkenaan dilakukan di gerainya di Pasir Pekan, Tumpat.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Gerai dibuka bermula 3 petang, selepas proses membungkus siap, kebiasaan saya bersama tiga lagi rakan akan membawa air menggunakan Honda C70 lampu bulat dengan sedikit ubah suai bahagian belakang untuk meletakkan air untuk diagih-agihkan.

“Lokasi bergantung kepada permintaan atau cadangan sebagai contoh selain Taman Hijau, kami juga buat agihan di sekitar Pasir Pekan, Kampung Laut, dari rumah ke rumah serta orang ramai yang lalu di hadapan gerai kami,” katanya.

Menurut Shazwan, dia menggunakan media sosial seperti TikTok dan Facebook untuk menguar-uarkan aktiviti mereka itu.

“Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat baik, ramai yang menghulurkan sumbangan. “Selain air balang, ada juga pihak yang minta kami belikan beras atau nasi untuk diagih-agihkan,” katanya. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kelantan Custom Rare

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?ggg

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply