ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla Malaysia bakal dilancarkan 20 Julai, akaun Instagram rasmi mula siar iklan acah

Berita Tempatan

Views

Penantian peminat kenderaan elektrik (EV) dari jenama Tesla bakal berahir tidak lama lagi. Akaun Instagram rasmi @teslamotorsmys yang baharu sahaja diaktifkan hari ini mula mengusik warganet menerusi iklan acah sulungnya.

Tesla Malaysia bakal dilancarkan secara rasmi 20 Julai 2023 di Kuala Lumpur dan pada tarikh tersebut juga mereka bakal mendedahkan “Pelan Induk”nya kepada pihak media.

Selain itu, media juga diberi peluang untuk menerokai teknologi inovatif Tesla dan mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan terbaharu mereka di Malaysia.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Namun, tidak dinyatakan model apa yang akan dibawa masuk ke sini dan besar kemungkinan dua model terawal yang bakal diperkenalkan nanti adalah Model Y dan Model 3.

Baru-baru ini, pihak Tesla Malaysia telah mengadakan temuduga terbuka di Cyberjaya yang mendapat ‘sambutan luar biasa’ dengan ribuan pencari kerja beratur panjang untuk ‘mencuba nasib’.

Lima jawatan dibuka kepada orang awam iaitu penasihat jualan, penasihat jualan perusahaan, penasihat penghantaran, pakar sokongan pelanggan dan penasihat perkhidmatan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Awal Mac lalu, Tesla mengumumkan akan membuka sebuah ibu pejabat, Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla serta mewujudkan rangkaian ‘pengecas super’ di Malaysia.

Ia susulan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) ke negara ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kehadiran Tesla dijangka akan mewujudkan peluang pekerjaan yang mampu menawarkan gaji lebih baik dan meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistemnya di peringkat domestik dan global.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply