ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aapico labur RM140 juta untuk hasilkan komponen kenderaan bersama Proton

Berita Tempatan

Views

Proton menjalinkan kerjasama dengan AAPICO Hitech Public Company Limited (Aapico) menerusi anak syarikatnya, Advance Vehicle Engineering Global Sdn Bhd (AVEE Global) bagi mengeluarkan komponen dan alat ganti seperti dies, jig, hot stamping, badan kenderaan dan casis.

Kerjasama yang telah dimeterai secara rasmi pada 26 Jun 2023 menyaksikan Aapico memegang sebanyak 60 peratus AVEE Global daripada Proton, manakala baki 40 peratus dimiliki Proton dalam syarikat yang akan dijenamakan semula sebagai Aapico Avee Sdn. Bhd.

Ia bakal menyaksikan Aapico, salah sebuah syarikat alat ganti kenderaan terbesar di Thailand, melaksanakan pelaburan awal sebanyak RM40 juta ke atas kemudahan seluas 20 ekar AVEE Global.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ini disusuli pula dengan pelaburan sebanyak RM100 juta dalam perancangan 2024 dari segi peluasan kilang dan pemerolehan jentera baharu.

Aapico akan menguruskan operasi dan memperkenalkan penggunaan teknologi baharu untuk mengeluarkan alat ganti yang lebih berkualiti, menambah baik pengeluaran dan menjimatkan kos.

Menurut Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Aapico Hitech Public Company Limited, Yeap Swee Chuan, pihaknya berhasrat untuk membawakan kepakaran dan teknologi pembuatan bagi menyediakan alat ganti bertaraf dunia kepada Proton.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Bagi Proton pula, usaha sama berkenaan mengukuhkan lagi cita-cita syarikat untuk menjadi pemain utama dalam pasaran automotif ASEAN.

Perkongsian strategik Aapico-Proton merupakan usaha sama kedua Aapico dalam sektor alat ganti kenderaan di Malaysia. Awal tahun ini, syarikat berkenaan menandatangani perjanjian usahasama dengan Purem, salah satu pembekal sistem ekzos terbesar di dunia.

Dengan pelaburan awal sebanyak RM30 juta, Aapico memegang 49 peratus pemilikan manakala Purem pula sebanyak 51 peratus daripada Purem Aapico Sdn Bhd, yang akan mengeluarkan sistem ekzos dan mula membekalkannya kepada Proton dalam suku ketiga tahun ini.

Sebelum ini, kehadiran Aapico di Malaysia adalah menerusi perniagaan pengedaran kereta syarikat berkenaan yang mana ia memiliki dan menjalankan operasi enam syarikat pengedar kereta di Malaysia termasuk empat pengedar Aapico.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply