ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan dan pengeluaran kenderaan bermotor terjejas teruk – MAA

Berita Tempatan

Views

Penjualan dan pengeluaran kenderaan bermotor untuk dua bulan setengah terakhir terjejas teruk apabila kilang pengeluaran kenderaan, pusat pengedaran dan pusat penjualan terutama di Lembah Klang ditutup sejak 1 Jun 2021.

Menurut Sinar Harian, berdasarkan statistik terkini Persatuan Automotif Malaysia (MAA), penjualan masing-masing hanya 1,921 unit dan 7,086 unit bagi bulan Jun dan Julai 2021.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Presidennya Datuk Aishah Ahmad berkata, bagi memberi perspektif keseluruhan, jualan purata atau lebih dikenali sebagai jumlah keseluruhan industri (TIV) adalah di antara 45,000 hingga 50,000 unit sebulan.

Tambahnya, jumlah pengeluaran industri yang dicapai pada bulan Jun dan Julai 2021 masing-masing hanya 276 unit dan 2,775 unit sementara jumlah purata keseluruhan pengeluaran di antara 40,000 unit dan 50,000 unit sebulan.

Beliau berkata, yang paling teruk terjejas adalah ahli MAA yang memiliki pusat pengedaran lebih kecil yang pendapatannya hanya bergantung sepenuhnya kepada jualan kenderaan baharu.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Aishah berkata, sebahagian besar daripada mereka berhadapan masalah aliran tunai yang teruk dan menghadapi kesukaran untuk mengekalkan pekerja terutama bahagian penasihat jualan.

Pada masa ini, ahli MAA mempunyai sekitar 1,300 wakil penjual kenderaan di seluruh negara. Jumlah kerugian dalam tempoh dua bulan terakhir melebihi RM14 bilion. Katanya, ini hanya daripada penjualan kenderaan di pasaran domestik.

Ahlinya juga mengalami kerugian yang banyak dari segi pendapatan eksport kenderaan dan komponen, dan jualan alat ganti di dalam negara. Beliau menambah, secara keseluruhan kerugian ini sangat besar dan belum pernah terjadi sebelumnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply