Baru-baru ini, Shell telah melancarkan petrol Shell FuelSave 95 baharu dan dipertingkatkan yang dirumus untuk memberikan sehingga 15 kilometer (KM) lebih jauh untuk setiap tangki penuh.
Pada masa yang sama ia turut menawarkan ejen pembersihan berkuasa, bagi membantu membersihkan dan melindungi komponen utama sistem bahan api, sekali gus memberikan pemanduan yang lancar lebih lama.
Menerusi formulasi terkini, Shell FuelSave 95 menawarkan:
- Jarak pemanduan 15KM lebih lebih jauh untuk setiap tangki penuh.
- Pembersihan enjin lebih mendalam – N+I SFS95 dengan teknologi penyasaran deposit.
- Pelindungan enjin yang dipertingkatkan – N+I SFS95 memberi perlindungan terhadap kakisan dan pembentukan deposit.
- Dirumus untuk enjin teknologi baharu dan lama – N+I SFS95 melindungi bahagian enjin kritikal dalam enjin lama, baharu dan juga hibrid.
Bersempena dengan pelancaran Shell FuelSave 95, Shell turut menganjurkan Shell FuelSave 95 Challenge 2023 yang terbuka untuk semua warga Malaysia.
Cabaran pemanduan ini adalah untuk mencari SEORANG warga Malaysia yang mencatatkan penjimatan bahan api dengan Shell FuelSave 95, bermula dari 16 Mac hingga 16 April 2023.
Shell FuelSave 95 Challenge 2023 akan berlangsung di seluruh pelusuk negara, Utara, Selatan, Pantai Timur, Tengah dan juga Malaysia Timur.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Untuk menyertainya, mereka yang berminat perlu mendaftarkan diri dan melalui proses saringan di beberapa lokasi pemilihan di wilayah mereka.
Hanya LIMA peserta bertuah yang akan dipilih bagi setiap wilayah. Mereka perlu melengkapkan cabaran dengan catatan bahan api terbaik dan dinobatkan sebagai pemenang wilayah untuk membawa pulang wang tunai RM5,000.
Pemenang Pusingan Akhir selepas pencarian di seluruh negara pula bakal memenangi wang tunai RM20,000. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.shell.com.my/.
Berikut adalah jadual jerayawara untuk sesi pemilihan mengikut wilayah dan “Cabaran Memandu 2023”:
1. Wilayah Utara
No. | Lokasi Pemilihan | Negeri | Tarikh | Masa |
1 | Queensbay Shopping Mall – Main Area | Bayan Lepas, Pulau Pinang | 16hb – 19hb Mac 2023 | 10.30pg-10.30mlm |
2 | Angsana Mall Ipoh – Entrance | Ipoh, Perak | 31hb Mac – 2hb April 2023 | 10pg-10mlm |
Lokasi Cabaran | ||||
1 | Shell Jalan Tasik Ipoh Perak (SSS Energy Enterpise) | Ipoh, Perak | 2hb April 2023, Ahad | 10.30pg-2ptg |
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
2. Wilayah Selatan
No. | Lokasi Pemilihan | Negeri | Tarikh | Masa |
1 | Mid Valley Southkey – South Court | Johor Bahru, Johor | 22hb – 26hb Mac 2023 | 10pg – 10mlm |
Lokasi Cabaran | ||||
1 | Shell Jalan Tun Razak (Raqiv Enterprise) | Johor Bahru, Johor | 26hb March 2023, Ahad | 10.30pg-2ptg |
3. Wilayah Pantai Timur
No. | Lokasi Pemilihan | Negeri | Tarikh | Masa |
1 | Shell Kuantan Pekan (Stesen Minyak Sun Suria) | Kuantan, Pahang | 6hb – 9hb April 2023 | 10pg – 10mlm |
Lokasi Cabaran | ||||
1 | Shell Kuantan Pekan (Stesen Minyak Sun Suria) | Kuantan, Pahang | 9hb April 2023, Ahad | 10.30pg-2ptg |
4. Wilayah Tengah
No. | Lokasi Pemilihan | Negeri | Tarikh | Masa |
1 | Sunway Pyramid Shopping Mall – Blue concourse (PJ) | Subang Jaya, Selangor | 13hb – 16hb Mac 2023 | 10pg – 10mlm |
Lokasi Cabaran | ||||
1 | Shell SM Alisha | Subang Jaya, Selangor | 16hb April 2023, Ahad | 10.30pg-2ptg |
6. Wilayah Timur Malaysia
No. | Lokasi Pemilihan | Negeri | Tarikh | Masa |
1 | Shell Jalan Sulaman (Sulaman Innoprise) | Kota Kinabalu, Sabah | 23hb – 26hb Mac 2023 | 10pg – 10mlm |
2 | Shell Jalan Tun Jugah Kuching (Safewide SB) | Kuching, Sarawak | 9hb – 13hb April 2023 | 10pg – 10mlm |
Lokasi Cabaran | ||||
1 | Shell Jalan Tun Jugah Kuching (Safewide SB) | Kuching, Sarawak | 16hb April 2023, Ahad | 10.30am-2pm |
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
KOMEN TERKINI