ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada lagi unsur 3 dimensi, logo baharu Geely kini lebih ringkas dan rata

Berita Global

Views

Sempena dengan tahun baharu 2023, gergasi automotif dari China, Geely telah memperkenalkan identiti jenama baharunya pada 1 Januari lalu.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, logo yang diperbaharui ini menandakan perjalanan baharu serta aspirasi jenama baharu jenama tersebut untuk menjadi lebih terbuka dan tanpa batasan pada masa hadapan.

Pembaharuan logo ini juga akan menjadi langkah pertama mereka untuk mengejar produk yang lebih pintar dan lebih berteknologi untuk para pelanggannya.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Jika dilihat kepada logo baharu ini, ia mengikuti jejak langkah beberapa jenama lain seperti KIA, Volvo, Volkswagen, Nissan, BMW, Kawasaki dan banyak lagi yang mula memperkenalkan logo yang lebih ringkas sebagai persediaan ke era digitalisasi.

Logo baharu Geely merupakan evolusi daripada dua logo terdahulu, tanpa elemen 3 dimensi dan kelihatan lebih rata. Ia masih mengekalkan identiti berbentuk jeriji pecah enam dengan garis mendatar dan menegak yang langsing.

Ia seakan kembali kepada fitrah asal logo pertamanya yang memaparkan siluet ‘gunung merah’, namun ia sebenarnya merujuk kepada logo “Innovative Geely 4.0” yang masih digunapakai sehingga kini.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Reka bentuk tersebut mula diperkenalkan pada 2013, semasa memperkenalkan logo “Refined Cars 3.0 Era“. Kedua-duanya menampilkan segmen hitam dan biru, yang mewakili “bumi dan langit”.

Ia menunjukkan harapan jenama tersebut untuk melihat produknya mengembara ke seluruh dunia dan cita-cita mereka untuk menggapai langit. Buat masa ini Geely tidak memberikan butiran lanjut berkenaan logo tersebut.

Adakah Proton juga akan mengikut jejak langkah Geely nanti? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply