ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tokyo Motor Show 2019 : Honda perkenal Jazz / Fit generasi baharu

Berita Global

Views

Setelah beberapa siri pembocoran akhirnya Honda memperkenalkan model hatchback kompak Jazz / Fit generasi baharu sempena Tokyo Motor Show 2019 yang membuka tirainya hari ini. Walaupun pelbagai reaksi diberikan oleh warganet mengenai penampilan baharu model ini, ia tetap menjadi tumpuan para wartawan permotoran di seluruh pelusuk dunia yang kini berkampung di sana.

Sesungguhnya kami juga cuba untuk mencerna dan menerima gaya rekaan baharu Jazz / Fit walaupun kami rasa para pereka Honda mampu mengeluarkan rekaan yang lebih padu. Model ini masih lagi mengekalkan lenggok reka bentuk model sebelumnya yang diolah dengan gaya yang lebih moden, namun ia nampak agak sedikit lembut dan ‘feminin’.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Jazz / Fit baharu akan ditawarkan dalam lima pilihan varian bergantung kepada pasaran, iaitu Basic, Home, Ness, Crosstar, dan Luxe. Varian Home mempunyai kemasan yang lebih baik berbanding Basic, termasuk stereng yang dibalut kulit dan fabrik tempat duduk yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi. Ness pula dilengkapi dengan sarung tempat duduk yang kalis air dan padding lembut pada kluster instrumennya.

Varian dengan gaya ala crossover, Crosstar pula dilengkapi dengan rim aloi 16-inci selain jeriji  yang lebih konvensional, pelapik badan, rel bumbung dan lega tanah yang lebih tinggi. Varian mewah, Luxe pula dihiasi dengan kemasan kulit pada tempat duduk dan saduran krom gaya-platinum di sekitar ruang dalaman.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Buat masa ini Honda masih lagi belum mendedahkan pilihan penjana kuasa untuk model Jazz / Fit baharu, namun mereka berkata vesri hibridnya akan dilengkapi sistem terkini dengan dua-motor hibrid yang akan turut digunakan oleh model Accord. Kesemua model akan dilengkapi dengan sistem keselamatan Honda SENSING terkini dan sistem bantuan-pemandu yang menggabungkan kamera sudut pandang lebar dengan lapan sonar di bahagian depan dan belakang kereta.

Selain itu, Jazz / Fit baharu akan menjadi model pertama yang menggunakan modul komunikasi terkini Honda CONNECT yang membolehkannya mengawal beberapa fungsi kenderaan menerusi telefon pintar secara jarak jauh. Jualan bagi model ini akan bermula pada bulan Februari 2020 walaupun syarikat tersebut masih lagi belum memuktamadkan pasaran mana yang bakal mendapat model baharu tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply