ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota GR Supra pertama di Malaysia milik Sultan Johor

Berita Tempatan

Views

Hanya selang beberapa hari selepas pelancaran rasmi Toyota GR Supra generasi baharu di Malaysia. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sah menjadi individu pertama yang menjadi pemiliknya. Foto majlis penyerahan Toyota GR Supra itu kepada Baginda telah dimuat naik ke laman Facebook Mutiara Motors, dua hari yang lalu.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Kereta tersebut telah diserahkan oleh pengarah urusan Mutiara Motors, Datuk Mokhtar Ahmad dalam satu upacara ringkas di perkarangan Istana Johor. Baginda telah memilih warna Lightning Yellow untuk kereta terbaharunya itu. Seperti yang kita sedia maklum, Sultan Johor sememangnya peminat dan pengumpul kereta-kereta dari pelbagai jenama termasuklah Proton.

Mutiara Motors merupakan antara pengedar kenderaan terbesar di negeri Johor dan merupakan salah satu pengedar jenama Toyota yang memiliki kedai konsep GR Garage yang menjual pelbagai produk di bawah jenama Gazoo Racing. Setakat ini hanya ada lima buah kedai GR Garage di Malaysia, tiga di Lembah Klang dan masing-masing satu di utara dan selatan tanah air (Mutiara Motors).

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Untuk pasaran Malaysia, hanya varian GR Supra GTS sahaja ditawarkan dan ia dijana oleh enjin 3.0 liter enam-silinder sebaris turbo, yang mampu menghasilkan 340 PS dengan daya kilas maksima 500 Nm. Jentera ini dipacu oleh roda belakang yang digandingkan bersama transmisi automatik lapan-kelajuan yang membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.3 saat, namun dihadkan secara elektronik pada 250 km/j.

Toyota GR Supra dijual pada harga bermula dari RM 568,000 untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia. Lapan warna ditawarkan untuk pasaran Malaysia, antaranya Prominence Red, Lightning Yellow, White Metallic, Deep Blue Metallic, Silver Metallic, Matte Storm Grey Metallic, Black Metallic dan Ice Grey Metallic.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply