ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerosakan jalan: ‘Jangan tunggu isu tular baru bertindak’ – Alexander

Berita Tempatan

Views

Kerja membaik pulih kerosakan infrastruktur awam terutama jalan raya perlu dilakukan segera tanpa perlu menunggu aduan atau ditularkan warganet.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menjelaskan tindakan segera perlu diambil pihak yang bertanggungjawab termasuk jabatan atau agensi yang mempunyai bidang kuasa di atas kemudahan berkenaan.

Alexander berkata, kerosakan jalan raya adalah antara perkara yang kerap ditularkan. Beliau menjelaskan, jalan raya di negara ini antara lain berada di bawah tanggungjawab kementeriannya, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru, beliau berhasrat untuk memperluaskan penggunaan aplikasi MYJalan bagi memupuk jalinan strategik dengan semua pihak, dalam usaha menyelaras dan mempercepatkan tindakan baik pulih sebarang kerosakan jalan raya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Alexander berkata, pelancaran kempen MYJalan pada tahun lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membawa warga kementerian kepada pelbagai kejayaan yang selama ini dianggap sukar untuk dicapai hasil gadingan idea dan tenaga ke arah matlamat yang sama.

Melalui kempen itu, aplikasi MYJalan diperkenalkan yang membolehkan pengguna jalan raya menyalurkan aduan membabitkan kerosakan jalan raya sebelum ia disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Perkara utama yang ingin saya tegaskan di sini adalah tindakan bagi kerja membaik pulih di lapangan tanpa perlu menunggu aduan… and don’t sweep under the carpet.

“Hentikan sikap hanya menunggu isu tular baru bertindak. Kita harus sentiasa memastikan pihak konsesi yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pemantauan dengan baik.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Walaupun secara keseluruhan jalan raya di Malaysia ini bukan di bawah tadbir urus Kementerian Kerja Raya sahaja, namun tanggungjawab untuk menjaga fasiliti kemudahan perkhidmatan ini turut melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri dan PBT.

“Walaupun berbeza bidang kuasa, saya percaya program MyJalan dapat mengeratkan jalinan kerjasama strategik dengan semua pihak untuk bersatu memberikan perkhidmatan terbaik dan sekali gus mempertingkatkan kualiti penyenggaraan fasiliti dan jalan raya,” katanya.

Selain itu, Alexander berkata beliau berhasrat untuk mengguna pakai aplikasi MYJalan sebagai salah satu platform pemantauan ke atas pencapaian kerja-kerja syarikat konsesi.

“Aplikasi aduan MyJalan ini mampu diperluaskan dan diperkasakan lagi fungsi dan keupayaannya dalam membantu mengoptimumkan isu penyelenggaraan dan pemantauan jalan seluruh Malaysia di peringkat awam mahupun swasta,” katanya. – Astro AWANI

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Alexander Nanta Linggi

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply