ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota mulakan pengeluaran Kijang Innova Zenix Hybrid di Indonesia

Berita Global

Views

Toyota Indonesia hari ini secara rasminya memulakan pengeluaran tempatan model elektrifikasi terbaharunya, iaitu Kijang Innova Zenix.

Portal Kompas.com sisipan Otomotif melaporkan, di Indonesia, model Kijang Innova dikeluarkan oleh PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN) dan diedarkan oleh PT Toyota Astra Motor (TAM) untuk pasaran tempatan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Sebelum ini, Kijang Innova dibangunkan dari pelantar Innovative International Multipurpose Vehicle (IMV) yang turut dikongsi bersama dengan Fortuner dan Hilux.

Model terbaharu Kijang Innova Zenix ini pula dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA-C) dengan pacuan roda hadapan dan bakal ditawarkan dengan pilihan varian, iaitu G, V dan Q.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Toyota Motor Corporation bagi Rantau Asia dan Presiden Toyota Motor Asia Pasific, Hao Quoc Tien berkata Kijang Innova Zenix merupakan kenderaan hibrid sulung mereka yang dihasilkan di Indonesia.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Toyota Saftey Sense (TSS) yang merangkumi Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dengan Pengurangan Lengkung Kelajuan, Bantuan Jejak Lorong (LTA) dan Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB).

Innova Zenix akan ditawarkan dengan pilihan Sistem Hibrid Toyota generasi kedua, yang bakal menggantikan enjin diesel.

Julat anggaran harga bagi model Innova Zenix bermula dari Rp 415 juta (RM126,106) bagi varian asas sehingga Rp 625 juta (RM189,920) untuk varian andalan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kompas Otomotif dan otodriver.com

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply